Lenaku dikejutkan Ilahi
Belum sempat aku masuk ke dalam kereta, air mataku mengalir deras. Tidak tertahan rasanya. Kata-kata doktor tadi benar-benar melemahkan hati ini. Aku memecut laju kereta. Air mata masih deras mengalir. Seluruh hidupku kini berlalu pantas dalam fikiranku. Tidak ku fikirkan langsung tentang Jepun.
Mama… Ayah…
Anum… Anim…
4 nama ini bermain-main dalam hati dan fikiranku. Jika benar apa yang dikatakan doktor tadi… Ya Allah, masaku… keluargaku, air mata terus mengalir.
Baru sahaja mengenal erti hidup, aku tidak sanggup lepaskannya.
Baru sahaja mengenal erti pengorbanan, aku belum sempat membalasnya.
Baru sahaja dibukakan jalan, aku belum sempat melaluinya.
Ya Allah, Kau ampunilah dosa-dosa ini, andai sudah tiba masaku, Kau peliharalah mama, ayah, Anum dan Anim…
Satu-persatu perasaan menyelubungi diri ini, sedih…risau…takut… seribu satu perasaan yang tidak pernah aku rasai. Andai masa ku di dunia ini kan berakhir tak lama lagi… Badanku lemah, fikiranku melayang…
Mama… ayah…
Ya Allah, aku mohon padaMu… Ya Allah…
Air mataku terus mengalir…
Mama! Mama!
Ku peluk erat mama setibanya aku di rumah. Mama buntu melihat aku berlari keluar dari kereta dalam keadaan begini.
Mama…
Tersekat perkataan di tekakku, basah baju mama dibasahi air mataku. Berita sedih ini tidak terluah dari mulutku… Pelukan erat mama, suara mama, membuatkan aku terus menangis…
Ya Allah...
” Bila sampai waktu ajalnya, manusia sering mahukan sedikit masa lagi “
Kata-kata dari rancangan kegemaran saya, HOUSE semalam. Ayat itu membuatkan saya teringat semula saat-saat ketika diberitahu tentang kemungkinan masalah jantung pada diri saya. Seluruh kehidupan saya dari kecil sehingga dewasa berlegar-legar dalam fikiran. Tiada apa yang saya fikirkan pada waktu, selain diri ini yang belum bersedia untuk menemuiNya, ayah, mama, Anum dan Anim.
Tersentak… kata-kata doktor pada waktu itu cukup untuk mengubah hidup saya. Namun, Allah hanya men’jentik’ saya dari lamunan hidup. 2 bulan saya duduk termenung, muhasabah diri… Ujian Allah datang menyapa… Subhanallah, Alhamdulillah… Masalahnya cuma pada mesinnya, diagnosis salah…
‘Jentikan’ yang mengubah hidup saya. Ku panjatkan syukur padaMu ya Allah.
Kisah sebelum berangkat ke Jepun… Cukup di situ… aku mula mengerti hala tuju hidup ini.
Andai kita punyai sedikit masa yang tinggal di dunia ini…
Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu (ajal), maka apabila telah datang waktunya (ajalnya) mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya.
(Surah Al-A’raaf, ayat 34)
Manusia lupa yang maut itu pasti akan menjemput mereka. Manusia lupa ke mana hala tuju hidupnya. Manusia lupa… leka…
Biar hanya jentikan, hembusan dari Yang Maha Esa… biar kita terjaga…
Ya Allah, aku bersyukur padaMu, hanya ‘jentikan’ yang Kau berikan padaku untuk aku sedar dari lenaku…
Kita hidup mencari the best of both world. Dan dalam kemeriahan sahabat-sahabat sedang membedah buku (SangPelangi, Bedah Buku : Dinding Kebodohan), saya akan cuba membedah satu siri kuliah yang saya rasakan sangat baik untuk kita semua manfaatkan dalam memahami hala tuju perjalanan selepas siri dunia ini : The Hereafter oleh Imam Anwar Al-Awlaki
Semuanya bermula selepas ulangkaji saya untuk menyampaikan kuliah subuh berkaitan Syurga dan Neraka ( pernah saya sebut dalam entry saya sebelum ini : Purpose of Life ). Saya tidak berniat untuk mengulas panjang tentang entry bedah kuliah saya di sini, boleh manfaatkannya bersama di kuliahnet : Siri pertama, the best of both world.
maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitulah MAUT ….
Ku mengerti siapa ku tanpaMu disisi dan apa guna posesi juga posisi
Sementara ini cuma hanya puisi,nukilan tulisan dan bisikan isi hati
Mencari keterangan,menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki,moga tidak terleka dalam perjalanan iniAlhamdulillah, Too Phat
Dari keyboard saya : Pecut dan pecut, saki-baki Ramadhan yang tinggal sekarang… 50 meter yang terakhir… menangi larian 100 meter Ramadhan anda! ![]()





Fuhhhh… silap diagnosis.
Tapi memang betullah, tu baru kena ‘jentik’ tu kalau saya pun konfem gelabah.
” Bila sampai waktu ajalnya, manusia sering mahukan sedikit masa lagi “
~aduhh.. pedihnya.. kena renung sama-sama.
p.s: tak tau kenapa, surah Al-A’raaf saya baca banyak kali.
you’re my sweetheart too!
and I already knew back then, that u were going to be there for me…
and yes, you are!
you are. you are!
and always will.
Benar. Manusia selalu ‘terlena’ dek buaian kehidupan. Kadang-kadang amat memerlukan ‘jentikan’ yang membuatkan kita reflect semula kehidupan kita setakat ini.
Nampak gayanya semua mendapat suntikan untuk membedah buku. AlhamdulIllah. Luahkan kepuasan membaca buku itu dengan mengongsikannya bersama!
Salam Inda
Meremang bulu roma saya membaca entry ni. Terima kasih kerna berkongsi Inda. Tiba-tiba..saya terasa seperti alangkah bagusnya saya mendapat pengalaman sebagaimana yang Inda lalui…biar lebih menghayati, lebih menghargai hidup, nyawa dan tempoh yang Allah berikan untuk beriman kepadaNya dgn lebih dalam…
Arigatou gozaimasu Inda. You’ve given me a meaningful lesson no doubt.
Salam ramadhan.
Muhasabah yang bermakna.
Manusia seringkali terlupa dan terleka.Jazakallah atas ingatan.
Kita bila diuji,mudah sekali untuk merintih,namun pabila di hilangkan sebentar ujian itu,mudah sekali kita lupa.
Teringat lirik nasyid kumpulan raihan;berjudul hamba.
Pagi;diri ini,merintih sayu akan dosa-dosa,namun tatkala petangnya;diri ini sanggup pula untuk bergembira tanpa mengingatiNya.Benar sekali,itulah ‘aku’.Pimpinkanlah kami ya Allah.Usah kau biarkan kami,setelah Engkau kurniakan hidayat buat kami.
Andai ku tahu
andai kutahu
kapan tiba masaku
ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku
aku takut
akan semua dosa dosaku
aku takut
dosa yang terus membayangiku
andai kutahu
malaikatMu kan menjemputku
izinkan aku
mengucapkan kata tobat padaMu
ampuni aku
dari segala dosa dosaku
ampuni aku
menangisku bertobat padamu
aku manusia
yang takut neraka
namun aku juga
tak pantas di surga
SangPelangi –>> Siapa yang tidak gelabah…
Setiap hari jangan lupa hadirkan perasaan takut tu. Manusia senang sangat leka…
PS: hopefully dengan ulang-ulang baca tu menggetarkan hati…
anum –>> Sweetheart dunia akhirat
y4ku24 –>> dah de buku best dalam tangan ni… susah pula nak bedahnya…
‘Aqilah –>> Subhanallah, tulisan yang tidak seberapa ni ada impaknya juga ek. Hopefully kita sama2 dapat rasa… betapa Allah sayangkan hambaNya dengan ujian-ujian sebegini, semata-mata untuk peringatan dan menghapus kesilapan. Amin..
warkahraudhah –>> Entah kenapa manusia selalu lupa Tuhan bila gembira, padahal asalnya nikmat itu semua dariNya. Bila susah, baru sibuk-sibuk mencari. Alangkah malangnya manusia, andai satu masa nanti… Tuhan tidak menghiraukan langsung diri ini. Na’uzubillah min zalik. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang ingat padaNya dalam apa jua keadaan sekalipun….
subhanallah..brmaknenye pengalaman anda..sy yg bace pn seram sejuk(”,)…
moga kta sama2 sntiasa berada di bawah lingkungan
taufiq n hidayahNya..Ameen
qamarun –>> Setiap kali teringat kisah ni, mesti terfikir kalau next time….agaknya betul-betul Allah beri ujian…takde jentik-jentik dah… Allah Akbar
hoho..mesti post yang ni dah lama kan?..saya baru terbaca sekarang..alhamdulillah la diberi kesempatan untuk membaca…
em…saya pun selalu terfikir caner la kalau Allah tiba2 tarik nyawa ni semula…memangla tak patut takut mati..tapi ntah..sebab xcukup sempurna dan bersedia lagi kot nak bertemu dengannya…seronok akak…da dapat terus tarbiyah daripada Allah tu…dan baru saya taw caner akak leh jadi sangat hebat seperti sekarang…semua orang kan ada turning point sendiri.but like ur turning point tu tersangat hebat Allah kurniakan…doakan saya juga mampu jadi seperti akak…^_^
Alangkah rugi kalau ada yang mensia-siakan peluang yang Allah dah beri depan mata.
Hebat? Bukan hebat tu, kesedaran… Buat perkara yang sepatutnya kita buat dari dulu lagi. Kalau orang lain yang baca ni mengambil iktibar dan belajar sesuatu darinya, dia lagi hebat.
Isk, Nik jangan jadi macam akak. Jadi lebih baik dari akak!
Akak doakan insyaAllah.