Usrah: Redefined~
(Hati-hati, entri yang sangat panjang… sangat panjang saya ulangi, syok sangat menulis kot
)
“Sistem usrah ini umpama kumpulan-kumpulan ninja dalam cerita Naruto.”
Saya petik dari blog StudioMuslim.com, boleh baca selebihnya di situ. Menarik~
Saya bukanlah peminat Naruto, baca pun tidak..cuma tahu sikit je kerana ramai kawan yang suka sangat komik dan anime Naruto. Manga(komik) dan anime Jepun yang saya layan, hanyalah setakat Dragonball, Slam Dunk dan Death Note(tahap tinggi sikit berbanding yang lagi 2 tu). Tidak lupa juga Doraemon, Ninja Boys dan Chibi Maruko Chan
(Hmm..Sailormoon pun layan gak dulu, anime je la…aduh, zaman itu kah~)
Cukup setakat itu cerita komik dan anime
Apapun, sungguh menarik apabila penulis dapat kaitkan sistem usrah dengan gaya yang begitu… cool~
Kisah hidup saya sendiri yang tidak pernah kenal ’sistem usrah’ ketika di bangku sekolah, walaupun saya bersekolah agama. Mungkin kerana saya tidak tinggal di asrama dulu. Jeles juga kadang-kadang dengar cerita kawan-kawan dan kumpulan usrah mereka waktu sekolah dulu. Kisah mereka dan naqib, naqibah (ketua usrah) mereka. Kalau hendak ikut sesi tazkirah pun, setiap hari Jumaat waktu tengah hari selepas tamat sesi sekolah. Sesi Tazkiatunnafs (penyucian jiwa) sesama pelajar perempuan yang tinggal di luar (budak luar). Itu pun kadang-kadang saya skip atas komitmen lain yang boleh dijadikan alasan (hu~).
Namun, semua itu berubah sejak saya masuk Ambang Asuhan Jepun (AAJ) di Universiti Malaya (UM). Terpaksa duduk kolej, dan inilah pertama kali saya tinggal di asrama (kolej). Mungkin berbeza sedikit tinggal di kolej dan tinggal di asrama sekolah. Tiada waktu prep, waktu makan…hihi, bersyukur juga, laptop pun ada di sebelah selalu. Saya bukan orang yang suka jadualnya disusun oleh orang lain.
Bila keluar dari sekolah menengah dan mula duduk kolej, terasa ada sesuatu yang asing. Mungkin persekitaran sekeliling sudah tidak seperti dulu. Yelah, tidak pernah duduk sebilik dengan kawan lain. Tetapi di sebalik itu, wujud hikmahnya. KAWAN-KAWAN
Bila dah kenali latar belakang masing-masing, mulalah label produk sekolah agama selalu disebut. Aduh~. Bukan saya taknak mengaku, saya betul-betul bangga dan bersyukur atas 5 tahun saya di Maahad Hamidiah, Kajang (Saya tolak tawaran SMAP Labu, antara sebabnya ialah ini…dan satu lagi sebab kerana sedih tidak dapat KISAS, uih secara peribadi sekarang saya rasa saya bukan calon terbaik pun untuk KISAS
). I am proud to be part of Maahad Cemerlang Budaya Kita (saya tidak akan lupa, sampai bila-bila). Cuma apa yang telah saya dapat dari sekolah itu, belum lengkap lagi… saya tidak kutip mutiara yang lagi separuh itu. Tetapi saya jumpanya di UM dan di Jepun!
Petang-petang sebelum maghrib, kami ramai-ramai berkumpul di surau. Saya ingat lagi, kali pertama sistem usrah hendak dilaksanakan di surau kolej itu. Kami tidak menggelarkannya sebagai usrah tetapi kazoku, bahasa Jepun kepada perkataan usrah yang bermaksud keluarga. Seingat saya pada waktu itu, ada pelbagai halangan dari pihak universiti tentang program-program berbentuk Islamik. Setakat kumpulan perkongsian ilmu, apa entah masalahnya yang boleh jadi kerisauan pihak universiti. Jadi diskusi kami bergerak dengan nama kazoku. Yelah, usrah bukan terletak pada namanya tapi pada sistem dan matlamatnya. Namakanlah apa sekali pun asal tidak yang pelik-pelik dan melampau.
Kalau tidak silap ada juga panggilan study group, warung kopi, girls night/day out
… Jepun la tu.
Dan antara individu(kawan-kawan) yang saya masih ingat lagi sampai sekarang yang menjadi penggerak kazoku pada waktu itu. Saya tidak akan lupa. Mereka kawan-kawan yang menjadi sebab kepada turning point saya; Balqis, Sarah, dan Faiqah. Balqis, bekas pelajar TKC yang saya sendiri tidak sangka ada individu sebegitu di TKC pada waktu itu. MasyaAllah, kalah budak sekolah agama. Sarah dan Faiqah pula bekas pelajar KISAS yang membuatkan saya terfikir, saya pun bekas pelajar sekolah agama juga tapi kenapa saya rasa seperti tin kosong? Mereka petah berkata-kata, saya pun tetapi kata-kata yang keluar dari mulut mereka adalah umpama dari peti harta karun… saya? Hehe..tekalah, jawapan ada kat atas tu. Ketiga-tiga nama tadi tidak lama di UM kerana masing-masing dapat tawaran belajar ke luar negara. Seorang di UK, Seorang di Rusia dan seorang di Mesir(kalau tidak silap) dan kesemuanya bakal doktor insyaAllah.
This is my turning point.
Usrah diteruskan dengan usaha bersama kawan-kawan dari UM yang lain; Marina, Dian, Akmal , Kak Ira dan beberapa lagi nama yang saya ingat-ingat lupa tetapi wajah mereka masih segar dalam ingatan. Namun, pada waktu itu saya hanya kenal usrah sebagai tempat menimba ilmu. Tempat untuk seorang naqib/naqibah bercerita, berkongsi ilmu memberi peringatan. Sistem usrah pada waktu itu saya lihat seperti satu tempat menerima. Mungkin sebab tiada apa yang boleh saya berikan menjadikan sistem itu berbentuk satu hala sahaja.
Matlamat utama usrah bukan untuk menimba ilmu, bukan untuk berukhuwwah, bukan medan isu semasa… tetapi matlamat utamanya ialah untuk pembinaan diri!
Saya teringat kembali apa yang diperkatakan oleh Ustaz Hasrizal tentang sistem usrah. Ilmu, ukhuwwah dan update kepada isu semasa merupakan sebahagian kecil daripada manfaat usrah. Usrah yang berkesan sepatutnya dapat melahirkan individu yang bukan sahaja tahu tetapi yang lebih penting mencetuskan rasa mahu dan akhirnya mampu bergerak dengan sendirinya. Pada saat saya dengar kenyataan itu, saya recall balik kesemua pengalaman saya sejak berlakunya turning point itu.
Saya tidak pernah mengikuti satu sistem usrah yang bersepadu (bersilibus, lengkap, kekerapan yang berkala, terancang), dan dari konteks sistem usrah, saya tidak mempunyai seseorang yang boleh saya bahasakan sebagai naqib/naqibah. Tetapi saya mengikuti usrah yang dimulakan dengan tasbih kafarah dan diakhiri dengan Surah Al-Fatihah.
Ya, itulah usrah saya, kazoku saya.
AAJ dan UM sebagai turning point saya, permulaan kepada sesuatu yang hebat!. Saya berani katakan begini, kerana kesannya begitu ketara sejak saya mula memaksa diri, membiasakan diri dengan usrah. Jepun merupakan tempat saya explore apa yang mampu saya buat. Di Jepun pun tidak banyak beza, saya berusrah juga, namun tidak lama. Selepas itu saya bersama-sama senior-senior di sini mula menggerakkan girls night out kami. Berbekalkan sedikit pengalaman dalam usrah dahulu, saya memberanikan diri untuk sama-sama membantu. Dan waktu inilah yang saya rasakan kesan daripada usrah itu. Bagaimana proses pembinaan itu bermula. Saya sama sahaja seperti orang lain(yang sama la), setiap kali kena beri tazkirah, akan print sesuatu dari internet. Sindrom klik-klik terus print. Waktu baru bermula. (Sekarang, insyaAllah telah baik dari sindrom itu, macam mana? entri lain~ fokus, fokus)
Bagaimana saya kata, usrah itu bermula dengan tasbih kafarah dan diakhiri dengan surah Al-Fatihah?
Apabila kita define usrah dengan ayat di atas, semuanya menjadi skala besar! Ilmunya, pengalamannya, isu semasanya, lingkungan ukhuwwahnya. Praktikaliti yang membentuk diri. Kawan-kawan, kakak, abang, adik-adik dan persekitaran yang mencetuskan rasa mahu dan membuatkan saya mencari ruang-ruang yang mampu saya isi. Seperti yang saya katakan tadi, sehingga sekarang saya tidak pernah mengikuti usrah yang sistematik, tetapi saya mempunyai kawan-kawan, kakak dan abang dalam satu kumpulan usrah yang sangat besar(Saifizi dan Huzaimi, yang secara peribadi antara mereka yang memberi impak yang sangat besar). Dari segi silibus, tidak banyak yang dibincangkan. Perjumpaan bukannya setiap minggu pun. Tetapi, hasil daripada setiap perjumpaan yang sedikit itu, proses dan hasilnya adalah setiap hari. Setiap yang dibincangkan, membuatkan saya mahu mencari lebih lagi dan apabila sudah tahu lebih, saya pun hendak memberi juga.
Untuk melihat hasil daripada usrah itu bukannya ketika berbincang di dalam usrah, tetapi apabila berada di luar usrah itu. Sememangnya perbincangan dalam usrah itu hangat dan penuh maklumat tetapi kalau hanya bermanfaat pada diri sendiri dan tidak kepada orang lain, apa gunanya. Medium memberi bukannya melalui usrah atau program umum sahaja. Itu yang saya pelajari ketika bersama-sama komuniti Muslim setempat dan persatuan pelajar Islam di Jepun ini. Mudah untuk memberi apabila kita tahu di mana kelebihan kita. Gunakan kelebihan, bakat yang Allah kurniakan sebaik-baiknya.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.”
(Riwayat Ibnu Abi Dunya)
Keseronokan dan kegembiraan memberi itu sedang saya rasa. Itulah cetusan hasil dari usrah. Saya tidak lagi mengharapkan usrah yang membuatkan saya hanya mendengar dan mencatit(kalau dapat, alhamdulillah), tetapi saya mahukan sesuatu yang mencetuskan semangat untuk seseorang itu bergerak sendiri. Bila adanya perasaan mahu itu, barulah seseorang mampu bergerak sendiri mencari ilmu untuk memenuhi apa yang dia tidak tahu! Bukan lagi, nak tahu…nak tahu… banyak lagi tak tahu… sebab tu tak boleh nak mahu dan nak mampu.
Bagaimana kawan-kawan saya membantu dalam proses ini, begitu jugalah saya ingin berikan kepada kawan-kawan yang lain. Saya tidak lagi berada di dalam kumpulan usrah sebagai seorang penerima, kini sebagai pemberi. Matlamat utama saya, agar mereka yang berada bersama-sama saya juga mendapat manfaat yang sama malah lebih baik lagi. Kemahuan yang melahirkan kemampuan.
Kegembiraan memberi membuatkan saya mahu memberi banyak lagi, dan oleh itu saya perlu upgrade diri setiap masa. Kemahuan yang mencetus kemampuan itu PRICELESS~
Usrah: Redefined
(Waaa..entri terpanjang, ini pun rasanya tak tulis habis lagi ni, masukkan point je, itupun kalau ada..hu~
dan entry ini telah potong line panjang entry yang ada dalam folder draft, tak sempat simpan dalam folder pun. Gara-gara budak kecik Naruto itu. Adeh~)






impossible is nothing…. setuju sangat! jum laa kite lepaskan diri daripade belenggu ketidakmungkinan….
tapi betul tak ni saye cakap…. tul tak tul pastinya bahasa kita serumpun. salam ukhuwah!
Alah.. sikit ja cerita pasal Naruto. Hihi gurau saja. Kenal Sarah Mohd Shukor di GKLN.
p/s: Usrahku di sini semakin ke hujungnya. Berkira-kira untuk membukanya di lapangan baru insyaAllah. Semoga Allah berikan jalan.
salam inda…subhanallah lani baru terjumpa dengan blog inda ni.macam mana boleh tak tahu ni… hehe apa2 pon alhamdulillah today terjumpa dan kebetulan today suami oncall..lani ambil kesempatan baca blog ni..
berbalik kepada usrah..lani pon turut bersyukur di beri kesempatan untuk terima cebisan usrah yang tertinggal masa zaman sekolah dulu di bumi UK… berkenalan dengan dunia usrah pada awal memang kekol..lama2 rasa bersyukur Allah masih pilih kita untuk terima kalam2Nya… dan macam2 gaya usrah di buat..main paintball… gi picnic.. tambah lagi dengan kursus2 yang luar dari haraki contohnya management, safety, perniagaan… sangat luas.. tu buat tambah teruja kadang2…
ok inda… karang jadi satu entry pulak komen lani ni… best tau bace bloq ni..sangat banyak intipati… syukran..
salam sayang,
lani
Alhamdulillah, inilah hasil yang dinanti2kan oleh setiap pejuang Islam. Melahirkan seseorang yang boleh bergerak sendiri, sambil mengajak yang lain. Apabila memberi atas kehendak diri sendiri, kita akan kreatif untuk memikirkan cara penyampaian agar efficient and effective.
Selamat maju jaya dan teruskan berkongsi cerita dan rasa.
dhianofie –>> Waa, bunyi seperti bahasa Malaysia. Kan betul dah tu, impossible is nothing
SangPelangi –>> Sikit je la Irfan, bukannya reti sangat pun pasal Naruto. Owh kenal ye Sarah… kecik dunia ni.
Sedih dengar ayat Irfan tu. Tapi silap di situ, yang hampir ke penghujung ialah halaqah usrah, bukan usrah itu sendiri kan?
Di mana pun Irfan berada, usrah itu akan berjalan juga insyaAllah. Itu yang best tentang usrah ni.
lani –>> Salam Pn. Ilani…hihi, camne lani boleh terjumpa ni?
Alhamdulillah, ada juga kesempatan nak merasa ilmuNya. Dulu kat sekolah rasa usrah ni mende remeh je. Isk isk isk
Aih, lepas ni kena berhati-hati lah menulis ini. Ada pantauan kitorang_be7 ni… Aduhai, rindunya kat korang semua. Bila nak ketemu be7 lagi ye..
Salam sayang, rindu muahzzz.. Inda
Kak Ija –>> Terima kasih Kak Ija. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan lagi. Allah clearkan skit-skit jalan. Apapun saya pun masih belajar dan banyak lagi kena belajar ni…
Doakan ye..
Kak Ija pun~, selamat maju jaya (Walaupun hanya kenal di alam maya, saya yakin Kak Ija pun punyai misi dan visi yang sama
)
budaya maahad cemerlang la sangat.. haha..