Yea~ dah jumpa!


Membela sebuah agama.. bagai menusuk duri dari dalam jiwa…

Bersama niat hati suci… sejati dalam nurani

Sejak saya dengar lagu ini semasa konsert nasyid tahunan SMKA Maahad Hamidiah ( sekolah lama saya ) Lailatul Amni Wassalamah ( Malam Keamanan dan Kesejahteraan ) Mirwana G10, bait-bait di atas sering terngiang-ngiang dalam kepala saya. Semasa masak, semasa basuh pinggan, kayuh basikal… hehe.. tapi hanya bait-bait itu sahaja yang saya ingat sehinggalah…

Hari ini, terdetik dalam hati untuk google lirik ini.

Dan…

All For Ummah – SATU

Album : Untukmu
Munsyid : All For Ummah
http://liriknasyid.com

Membela sebuah agama
Bagai menusuk duri dari dalam jiwa
Bersama niat hati suci
Sejati dalam nurani

Menyemai satu cita-cita
Bersama dihiasi iman dan taqwa
Demi untuk maruah agama
Yang kini dibuai gelora

Satu cita-cita tersemat dalam jiwa
Dengan keikhlasan tulus dari hati
Harapanku meninggi

Satu kejayaan bila cita kukecapi
Tanpa rasa jemu berserah pada-Nya
Bersyukur pada Tuhan

Satu cita-cita yang sejati
Abadi murni
Bersatu bersama bergandingan
Kita menyemai budi

Jiwa yang sejati harmoni
Tiada rasa sangsi
Sujud setia kepada-Nya
Hanya Allah yang Esa

Solo: Azalinoor
Lagu & Lirik : Suffian Amrin
Hakcipta Lagu & Lirik : All For Ummah

All For Ummah, kalau tidak silap saya merupakan kumpulan nasyid rasmi musuh tradisi sekolah saya, SMAP Kajang. Kalau Maahad Hamidiah terkenal dengan kumpulan MIRWANA, SMAP Kajang terkenal dengan kumpulan All For Ummah nya.

Pernah merasai perasaan yang berbeza apabila mendengar sesuatu lagu? Nilai sentimental… Lagu-lagu begini selalunya bukan sahaja mengingatkan saya kepada zaman muda-muda dahulu tetapi mengcapture perasaan saya pada masa itu. Saya masih boleh merasai perasaan saya ketika mendengar lagu ini, persekitarannya, suasananya, orang di sekeliling saya…

Tapi, takkan saya nak letak lagu ini sahaja kan… tidak adil kepada sekolah saya πŸ™‚

Jadi, Idris pun telah beri kepada saya video nasyid Anwarul Islam yang diperkenalkan oleh kumpulan nasyid MIRWANA Generasi 9 ( tahun saya ialah Generasi 10 ). Lagu yang pernah menjadi juara Pertandingan Nasyid Anti-Dadah peringkat kebangsaan. Tahun berapa ek? tak ingat pula, zaman Generasi ke-9.

Video tak elok sangat, suara tak best. Lagu kedua…

Untuk audio yang crispy clear

Anwarul Islam originally by MIRWANA G9

Lirik? Masih mencari lagi…

Natsukashi… Maahad Cemerlang Budaya Kita πŸ™‚

Advertisements

21 thoughts on “Yea~ dah jumpa!

  1. salam, xpernah dgr lagu ni, tp lirik 2 line first tu ckp mengesankn hati..hmm suke lirik hidayah nyanyian hijjaz..

    p/s: sang pelangi kem salam, die pesan sampaikn salam kalau komen kt blog yg die rekomenkn..

  2. Thanx for this post!
    Bile dgr lagu dr kump all for ummah tu memang ter’capture’ balik moment2 time kat sekolah dulu.=).
    Walaupun agak ‘sukar’ untuk diakui, kumpulan dr SMPAK selalu memberi saingan sengit dengan MIRWANA.
    yang video klip tu bacth saya.Menang peringkat kebangsaan tahun 2003 kat perlis.
    Kalau dengar live tu memang teruja abis r. (sayangnye dalam video klip tu suare pecah sket.)

  3. qamarun –>> selamat mendengar, nostagia sedikit lagunya…sebab lagu zaman sekolah. Lirik nya walau agak kebudak-budakkan tapi straight to the point dan better daripada lirik-lirik nasyid yang ada sekarang. Hijjaz juga merupakan salah satu kumpulan nasyid feveret saya.

    P/S: Salam. Waaa, ni peminat blog SangPelangi la ni ek. terima kasih kerana sudi melawat. Sudi-sudilah melawat selalu ek. Qamarun takde blog?

    The Dreamer –>> Akak suka dengar live lagu tu. selalu je amik peluaang nak dengar live kat sekolah. BTW, dengar cerita lagu Maahad Cemerlang Budaya Kita dah diubah, sebab lagu tu rancak sangat beat nya. Student Maahad terangguk-angguk kepala time nyanyi lagu sekolah.

    Teringin nak dengar Maahad Cemerlang Budaya Kita dengan percussionnya sekali. Ada tak?

    dhianofie –>> Sama-sama, singgah selalu ya! Peace~

  4. Idris???

    tiba-tiba teringat kelibat dris yg chumil :p ..rindu banget sama dia..harap dapat ketemu lagi lepas ni =)

    Ni blog kak inda kan? menarik dan teruskan menulis akak..

    Salam Eidulfitri dari Korea. Wassalam

  5. kamil –>> haah Idris tu la… πŸ™‚ junior akak kat Maahad Hamidiah dulu tu. InsyaAllah, kalau diizinkan Allah…jumpa lagi la tu..

    Yup, kak Inda. Terima kasih kerana singgah…singgah-singgah selalu. Akak pun selalu je singgah blog Kamil. Artikel Kamil menarik gak.

    Eid Mubarak dari bumi sakura. Wassalam

  6. salam!
    ana suker sgt lagu nie..
    ana min sharodz mlaka..
    kdg2 2 ada gak nyanyi lagu ni maser wt show kt skola..
    paper pon..
    smap n maahad mmg besh..

  7. to Kamil,
    hehe.tu r kan.terasa lame plak xjumpe kn.InsyaAllah nnti klu ade peluang kite akan bertemu lagi. (cam malu plak bile ckp cam cumil>>tukar kepada macho bley?hehe)
    nway,moga berjumpe lagi ye.

    erm, xsangka glemer gak sekolah kite kn kak Inda.hehe.
    tpi sharodz pun power jugak nasyid kn?macam penah wakil melaka je kn?

    erm,kinda miss zaman sekolah dulu~

  8. akum,
    sonot gak dengar nasyid sekolah-sekolah ni. tapi untuk makluman lagu anuwarul islam tu lagu kumpulan nasyid arab yang agak terkenal di tanah areb lah. tp anyway best gak leh dengar balik lagu ni dalam versi sekolah2

  9. Salam.
    Wah semangat.
    Album tu nanti tajuk nya ‘syukran’ kalu x salah.

    Akak exsmapk kan?
    Izinkan saya linkkan blog ini?

  10. Salam.

    Oh, akak exsmkamh rupanye. patutlah kata musuh ketat smapk. ehe. faham2.

    papepun, saya linkkan dari blog saya yang x de hala tuju sangat nih ea.
    πŸ˜€

    laman http://www.smapk.wordpress.com tuh kononnye untuk kumpulkan blogger2 dr smapk. x tahulah berjaya ke x nanti. InsyaAllah kalu ade kerajinan nak keep updated, wujudlah dengan lebih lame. huhu. doakan ye kak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s