Life is BUT a stopping place


Menanti sunset di bumbung rumah, Subhanallah

Menanti sunset di bumbung rumah, Subhanallah

Life is but a stopping place,
A pause in what’s to be,
A resting place along the road,
To sweet eternity.

We all have different journeys,
Different paths along the way,
We are all meant to learn some things,
But never meant to stay…

Saya pernah recite rangkap poem ini di hadapan ratusan pelajar semasa Hari Anugerah Kokurikulum SMKA Maahad Hamidiah. Kenapa? Kerana saya seorang sahaja yang dapat menghafal Sonnet 18 di dalam kelas saya semasa di tingkatan 4.

Anyone who can memorize and recite Sonnet 18 in the class tomorrow will get a special prize.

Kata Teacher Ramrah. Apa lagi. Heh, dapatlah RM5 hari itu. Sebenarnya tiada beza pun ada hadiah atau tidak. Saya akan menghafal Sonnet 18 itu juga kerana perkataan-perkataannya yang indah. Sehingga sekarang pun saya masih ingat lagi setiap baris Sonnet itu. Sejak itu, apa sahaja yang berkaitan dengan poetry, pasti akan ditujukan kepada saya. Mungkin aura-aura pantun terlalu kuat, sehingga tempias ke English Literature.

Berbalik kepada cebisan poem di atas. Saya tidak mencipta keseluruhan poem itu. 2 rangkap di atas, saya petik dari hasil ciptaan orang lain dan disambung dengan rangkap seterusnya hasil ciptaan saya sendiri. Namun, yang saya cipta itulah yang saya lupa. Aduh! Hilang cebisan kenangan.

Fahami maksud rangkap pertama. Betapa benarnya. Kita renung jauh lagi…

Daripada Ibnu Umar r.a katanya: “Rasulullah SAW telah memegang kedua-dua bahu ku lantas bersabda : “Hendaklah kamu menjadi seperti seorang dagang di dunia ini atau seorang pengembara..” Ibnu Umar r.a berkata : “Apabila kamu berpetang-petang janganlah kamu menunggu waktu pagi, dan apabila kamu berpagi-pagi maka janganlah tunggu waktu petang dan pergunakan masa sihat mu sebelum sakit mu dan masa hidup mu sebelum mati mu…”

(Al-Bukhari)

Dan kita mengerti,

Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian KECUALI…

Buka mushaf dan tafsir. Sekarang waktu untuk menghayati Kalamullah pula. Surah Al-Asr, ayat 1-3.

PS: Masih lagi entri selingan, banyak betul laporan perlu disiapkan hujung tahun ya? Pusing-pusing dah mata dengan ayat-ayat formal.

Advertisements

3 thoughts on “Life is BUT a stopping place

  1. Assalamualaikum.

    Tertarik dengan poem ni. Minat sonnet 18 juga? Ana hafal hanya satu english poem, sonnet 18. Sebabnya, minat.

    Salam ukhwah. Pernah ke sini dahulu, tapi baru kini rasa mahu mengomel sebab tertancap kepada baris poem yang indah

    bittaufiq wannajah

  2. Waalaikumsalam wbt.

    Salam Ukhuwah juga buat nahwanNUR (nama kumpulan nasyid ni kan? dulu-dulu 🙂 )

    Oh, minat kita sama rupanya. Waktu meter minat pada Sonnet 18 tu tahap max, nak juga beli buku koleksi Sonnet Shakespeare. Tapi, mak aih…mahalnya. Rupanya bila surf internet ada je banyak. Tak terbaca pun.

    Bittaufiq wannajah juga buat nahwanNUR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s