Bukan Senang Nak Senang


Eh, sekolah saya dulu. Dah lain…

Inda ingat tak, dulu time ayah hantar Inda pergi sekolah naik motor dulu. Inda turun motor pastu jatuh tergolek ke belakang.

Haha, saya ingat, ingat, beg berat.

Pastu Inda bangun buat muka selamba je, macam tak jadi apa-apa. Ayah ingat sampai sekarang time Inda jatuh tu.

Teringat saya pada perbualan di atas selepas menonton video di bawah. Teringat zaman sekolah rendah dahulu.

Cuti lepas, saya berpeluang untuk meluangkan masa bersama keluarga di Malaysia. Selalunya masa banyak dihabiskan di pejabat ayah. Konon-konon buat part time. Tapi sebenarnya tidak buat apa-apa pun. Duduk membaca buku, menonton TV, makan, melayari internet dan kadang-kadang sahaja diminta untuk ke sana dan ke mari menguruskan hal pejabat. Kadang-kadang turut membantu dalam hal-hal yang melibatkan komputer dan internet.

Menghabiskan masa semaksimum mungkin bersama mama dan ayah.

Saya sempat mengikut ayah ke tapak pembinaan untuk melihat projek yang sedang berjalan. Ayah seorang kontraktor. Sempat juga berkejar ke sana ke mari dengan ayah untuk berjumpa dengan klien. Bakal kontraktor? InsyaAllah…

Perbualan di atas berlaku ketika kami memandu ke MARDI. Kami melalui sekolah lama saya, Sekolah Kebangsaan Serdang.

Tak jumpa gambar yang comel lagi la

Tak jumpa gambar yang comel lagi la

Dulu saya ingat, time saya ngan Anum sekolah kat situ, time tengah hari kalau ada roadblock ayah mesti hantar saya dulu sampai pagar kecik tu. Lepas amik Anum kat umah. Saya tunggu kat pagar kecik tu sampai ayah ngan Anum sampai, pastu naik motor 3 orang pergi sekolah.

Natsukashi!

Time kat Taman U lak, kalau balik taekwondo petang-petang, nanti ayah jemput dengan Passola. Boleh pula ek dulu naik sampai 4 orang!

Ayah, Inda, Anum dan Anim. 4 orang, sekitar kami berumur 9-12 tahun. Passola merah dengan seat belakang :D

Ayah, Inda, Anum dan Anim. 4 orang, sekitar kami berumur 9-12 tahun. Passola merah dengan seat belakang 😀

Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Serdang sehingga pertengahan darjah 3 kemudian berpindah ke sekolah yang baru dibuka di kawasan perumahan saya, Sekolah Kebangsaan Taman Universiti.

Apabila dikenang semula, rilek saja zaman sekolah rendah dulu. Jatuh, berhujan panas ke sekolah bukannya apa sangat pun. Tapi pada waktu itu, terasa susahnya.

Susahnya Kak Inda, rasa macam tak boleh nak buat. Kenapa dulu tak macam ni?

Saya dahulu pernah terfikir perkara ini. Saya ingatkan waktu di AAJ merupakan cabaran terbesar saya. 2 tahun yang sangat mencabar mental dan fizikal. Rupa-rupanya tidak sama sekali. Hari ini, saya mendapat cabaran  yang berbeza dan lebih besar lagi.

Kalau fikir camtu memang la dulu senang. Kalau tak, takdenya kita boleh selesaikan masalah tu. Sebab masalah tu dah selesailah, nampak senang. Kita dah tau cara nak selesaikan. Sekarang susah sebab kita sedang hadapi masalah tu.

Setiap orang ada waktu ujiannya. Bergantung pada individu. Ujian zaman sekolah rendah tidak sama seperti ujian di zaman universiti. Perkara yang susah ketika kecil, tidak nampak begitu besar sekarang. Semuanya bergantung pada NILAI cabaran tersebut pada waktu itu. Seorang kanak-kanak akan terasa tertekan apabila seorang kawan merampas gula-gula dari tangannya. Pelajar sekolah akan tidak akan bersedih apabila hilang gula-gula, tetapi bersedih ketika ibu bapa bergaduh dan bercerai. Apabila kita sedar dan faham akan sesuatu perkara akan memberi impak yang besar pada diri kita, ia membentuk satu nilai pada perkara itu.  Dan nilai ini berubah mengikut persekitaran kita, usia, kematangan dan lain-lain.

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.

(Surah Al-Baqarah : 286)

Setiap ujian susah dan senang, ada sebabnya. Ada matlamatnya. Dan janji Allah, tidak sesekali kita akan diuji melebihi kemampuan diri kita. Setiap ujian mengeluarkan kualiti-kualiti yang baik dari diri kita. Hebatkan kasih sayang Allah pada hambaNya? Bukan sahaja kita diuji dalam lingkungan kemampuan kita, malah setiap ujian itu membantu kita untuk lebih dekat denganNya, lebih dekat dengan ganjaran syurga. Tiket masuk syurga bukannya murah. Mahal!

Lessons will be repeated to you in various forms until you have learned them. When you have learned them, you can go on to the next lesson.

Cherie Carter-Scott, If Life is a Game, These Are the Rules

Kita boleh muhasabah semula sekiranya ujian yang sama sentiasa berulang. Mungkin kita belum belajar dari cabaran sebelum ini. Ingat, Allah takkan uji kita dengan ujian lebih besar sekiranya kita belum lepas ujian yang lebih kecil. Ujian kecil membentuk kualiti baik yang kecil pada diri kita. Cabaran yang besar mengeluarkan kualiti yang lebih besar. Kalau kita perasan, kebanyakan mereka yang melalui cabaran dan ujian yang sukar mempunyai kualiti individu yang lebih baik.

Ketabahan, kesabaran dan proaktiviti kita menghadapi ujian dan cabaran melayakkan kita untuk tiket ke syurga. Mudah untuk belajar bersabar melalui buku teks, senang untuk faham erti istiqamah, mudah untuk hadam erti usaha tangga kejayaan. Tetapi, sukar untuk dipraktikkan. Tanpa diuji, kita tidak tahu samada ada atau tidak sifat-sifat sebegini dalam diri kita. Jadi, jangan mengeluh ketika diuji. Malah bersyukurlah, Allah sayangkan kita. Alhamdulillah.

Hendak menjadi seorang yang berjaya, kita diuji dengan beberapa siri kegagalan. Hendak berjaya perlukan pengorbanan dan kesungguhan. Setiap kali kita jatuh, di situ kita bangun dan usaha lagi. Sabar? Kita diuji dengan insiden yang mencabar coolness kita. Ujian untuk meningkatkan mutu IMAN.

Are you gonna finish strong?

It’s Inda, reminding myself in case I forgot.

PS : Salah satu prinsip kejayaan berdasarkan sirah Rasulullah SAW, to see advantages in disadvantages yang dikupas semasa Golden Week Gathering IPIJ 2009 di Kanagawa baru-baru ini.

 

Advertisements

7 thoughts on “Bukan Senang Nak Senang

  1. Jazakallah.

    Pernah naik motor bersama adik, dan dibawa ke kawasan sekolah rendah, sambil mengingati peristiwa-peristiwa lama.

    Sedikit hujan turun renyai-renyai. Tiba-tiba,adik bersuara :
    ‘ Abg jie( nama panggilan dlm keluarga ),dulu mak ayah naik motor, hujan-hujan guane gamok(macam mana ya..) . Susoh masa dulu-dulu…Sbb tu molek sangat kalu abg jie wak alik( bawa pulang ) kete beso. ‘

    Duan tersenyum dalam hati.Namun dalam sekali maksud dan pemikiran yang dipegang oleh adik yang sorang ni.Lain sekali peribadi dengan duan,tapi banyak duan belajar aspek kematangan dari dia.Selalu sekali ingat kesusahan keluarga.

    Kesusahan mudah mendidik dan mematangkan seseorang.
    ” Bukan senang nak senang,dan memang senang nak susah. ”

    Syukran.

    • Kelebihan pada manusia ialah dia boleh belajar dari pengalaman diri sendiri dan pengalaman orang lain. Kebolehan itulah yang meletakkan diri kita sebagai khalifah di muka bumi ini.

      Adik Duan belajar dengan melihat mak ayah Duan, Duan pula belajar sesuatu dengan melihat adik Duan. Istimewanya manusia. Pusing kiri kanan, depan belakang…semuanya tarbiyyah 🙂

  2. Assalamualaikum kak Inda..
    Entri yang banyak membuat saya berfikir akan ujian yang dihadapi saat ini.Kadang-kadang rasa ingin berputus asa namun bila mengenangkan ujian yang Allah berikan ke atas saya tanda DIA sayangkan saya, saya bersemangat kembali untuk menghadapi ujian ini.Terima kasih kak Inda di atas entri ini.

    • Setiap entry akak adalah asalnya untuk ingatkan diri akak sendiri. Banyak je perkara yang akak ternaruhodo, alhamdulillah. Dan satu cara nak kemaskan segala input yang ada ialah dengan mencatit setiap satu input tu. Dah alang-alang mencatit…. baik buat ayat cantik-cantik. Kot-kot ada yang boleh dapat manfaat daripadanya.

      Kadang-kadang perkara yang kecil tulah yang bermakna..

      Alhamdulillah, Subhanallah. 🙂

  3. igt lg time sekolah Tmn U. Kalau ade budak laki nak kacau2.. pastu ayah datang bawak Vulcant (or suzuki? tak igt moto mana satu..)… Vroom sekali, lari semua dak2 tu.. hehe.

    susah kot nak jaga anak perempuan sampai 3 org ni…
    kena jadi ayah-bodyguard.

  4. Hoho, silap tu. SUZUKI tu VULCAN la. Kawasaki kot. Time kita sekolah rendah dulu, ayah guna Kawasaki ZX10 kot. Kaler merah putih tu. Kat Maahad dulu, takyah tunggu ayah kat kantin pun. Duk je dalam kelas kat Aspura tu. Bila dengar VROOOOOOOOMMMM je, tau dah ayah sampai…terus berlari kejar. Hahaha…

    Paling `best` bila hari ada perhimpunan, selalu sampai Maahad bila semua dah start beratur…rasa cam VIP lak. Huhuhu

    Trauma nak bawak basikal gi sekolah. Boleh plak ada orang pancitkan sumer tayar basikal kita. Rasa nak sepak je budak yang buat tu. Sabar je lah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s