Inda, basikal OK?


Inda, basikal bakul Inda sihat ke tak?

Huh? Basikal okey je.

Tak penat ke kayuh basikal hari-hari pergi sekolah, jalan-jalan mana-mana kena naik basikal.

Biasa je takde apa-apa.Hehe.

Kalau ayah naik kereta kat Jepun, nampak Inda tengah kayuh basikal, agaknya Inda baling kot basikal tu sebab geram. Hehe.

Isk, sayang sayang basikal.

Basikal saya sihat lagi

Basikal saya sihat lagi

Selalunya perbualan saya dan ayah dimulai dengan kisah basikal ‘bakul’ yang saya gunakan seharian di Jepun. Tergelak ayah saya apabila mendengar saya membeli basikal ketika saya di tahun pertama di Jepun dahulu. Mana tidaknya, kali terakhir saya bergerak ke sana ke mari berbasikal adalah ketika saya darjah 6, berbasikal untuk ke sekolah dan kedai yang berdekatan rumah. Selepas itu, kemana-mana dengan kereta.

Inda, basikal ok?

Hmm, rantai tercabut tadi. Sejak semalam basikal tu bunyi pelik sikit, ingatkan takde apa-apa. Sekali tu, petang tadi masa kayuh nak balik umah rantai basikal tercabut!

Ha? Tercabut putus ke?

Taklah, terkeluar je.

Ha, pergi hantar basikal kat kedai. Suruh orang tu check semua, ganti semua. Ayah belanja.

Itu belum lagi kisah tayar pancitnya, kena pecah kunci basikal kerana kunci hilang dan macam-macam lagi kisah basikal buruk ini. Ayah sentiasa bergurau tentang saya dan basikal ‘bakul’ saya dan saya sangat sukakan tajuk perbualan ini ketika berbual dengan ayah. Suara gembira dan gelak ketawa ayah gelakkan saya dan basikal saya menjadikan hari-hari saya lebih bermakna.

Namun, isinya bukan pada gelak ketawa itu. Bukan pada gurauan itu. Jauh lebih dalam. Satu hari, saya berbual dengan mama tentang masa depan.

Semalam mama borak-borak ngan ayah. Mama cakap kat ayah , Inda ni tak penat-penat ke kayuh basikal kat Jepun tu?

Hehe, ayah pun tanya benda sama gak pasal basikal. Takde apa-apa la mama.

Takdelah, mama ngan ayah risau je, kot-kot Inda tak tahan, tak larat nak kayuh basikal selalu. Nak pergi shopping barang dapur semua. Takut penat kat Jepun. Macam Anim, dia bawa kereta. Inda dulu pun kat Malaysia mana ada naik basikal.

Jauh dan dalam rupanya maksud mereka.

Dalam gelak tawa dan gurauan ayah dan mama, sebenarnya tersembunyi kerisauan. Nampak seperti perkara kecil, basikal ‘bakul’ ini. Tetapi di mata mereka, anak mereka inilah perkara besarnya.

Mampukah seorang anak membalas sesuatu yang istimewa seperti ini?

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (23) Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. (24)

Surah Al-Isra’ ayat 23-24

Nanti balik Malaysia, bawa balik sekali basikal ek. Ayah nak gantung kat dinding kat bilik Inda.

(^^) Hehe.

29 thoughts on “Inda, basikal OK?

  1. haha..menarik2..
    ayah sy pon selalu sbut tntg basikl.
    sy de ckp tntg parking bsikal kat mak sy.
    mak sy gelak..sbb yela..bese org dgr parking kereta je..jrg parking basikal..huhu…

  2. mula2 bace x paham..2nd time bace br phm..hehe lampi..
    kesimpulannya, blk la msia cpt2 inda..otousan no kaisya wo tsugeba..hehe

  3. kak inda penah lumba basikal? cuba try skali. ^_^ (jangan ikut kalau rasa xperlu)

    sekadar nak kongsi sket ayat Allah swt ( yang ni tak ikut memang rugi, maji2..)

    Firman Allah:
    “Dan Kami wasiatkan (wajibkan) manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan mengalami kelemahan di atas kelemahan (kehamilan disusuli kesakitan ketika melahirkan) dan tempoh bercerai susu selama dua tahun. (Dengan demikian itu) hendaklah kamu bersyukur kepadaKu dan mengenang jasa kedua ibubapamu. ” (Luqman :14)

    • Lumba basikal? Tak pernah la buat kat sini lagi. Takut kena langgar kete. Hehe. Best ke?

      Subhanallah.

      Banyak je ayat Quran yang suruh kita berbuat baik pada ibubapa. Kalau fikirkan betul-betul dengan buat baik pada ibubapa memang akan bentuk seorang yang soleh/solehah (macam kalian semua, alhamdulillah).

      Allah Maha Bijaksana Maha Kuasa.

  4. 1st time nak komen kat sini….

    maksu saya slalu suruh saya amik gambar beskal saya, nnt die kate klu dah balik mesia leh buat kenang-kenangan…hihi
    rindu mama n papa saya… hukhuk

  5. nikki jom race skali .. ^^ hehhee.. org pnh dulu race smpai nk accident.. nyaris langgar van.. huhu.. alhamdulillah x de ape2 kecederaan mental n fizikal.. ^^

  6. Salam.
    How r u? Basikal okey ke?hehe.
    A really nice entry with deep meanings. I like it a lot.

    I mean, parents are really special. U’ve got to be a parent first in order to fully understand their love towards their children. Sometimes it is hard for us to understand their worries but, it is all because they love us rite?

    p/s: Inda beli la kereta.hehe.

    • Wooooooooooooooooooooooooo
      Saje aaa tu. Takpe, saya dah boleh bawak Coupe. Punto jadi no 2 dah. Haha.

      Eh silap, Punto no 3. Beskal no 2.

      InsyaAllah, akan ku bawa pulang beskal bakul ku.

      • kat universiti malaysia terengganu…ramai syudent g class kayuh beskal…
        mungkin kerana kekurangan transport di kolej….tapi mungkin kat malaysia jadi agak aneh sebab ramai yg bwk mtr n kereta…..

Leave a comment