Puasa Bukan 断食 Tetapi 斎戒


Are? Saikai? Danjiki jyanai no?

Danjiki wa SAUM to chigau deshou?

Soudesune~

* Eh? Saikai? Bukan danjiki ke?

Danjiki dengan puasa lain kan?

Haah la~

Danjiki (断食) bermaksud menahan daripada perbuatan makan dan minum. Kanji 断 bermaksud tahan dan kanji 食 bermaksud makan (minum sekali). Jadi, sudah semestinya danjiki bukan bermaksud SAUM (berpuasa di bulan Ramadhan) bukan?

Bagi mereka yang berada di Jepun, satu kotoba (perkataan) baru untuk dipelajari. Saya pun baru saja belajar perkataan saikai ini sewaktu program jaulah Biro Perhubungan dan Kebajikan IPIJ di Masjid Nagoya baru-baru ini. Sempat kami berbual-bual dengan sahabat-sahabat Jepun seIslam kami yang sedang berkumpul untuk halaqah ilmu.

斎戒 (saikai) – purification

Google Translate

Sedang danjiki atau saikai? Saya teringat satu perbualan saya dengan Oyasan.

Bulan depan dah mula bulan Ramadhan. Saya akan danjiki selama sebulan. Pernah dengar tentang Ramadhan?

Sebulan? Langsung tak makan dan minum selama sebulan?

Oh, tidak. Saya boleh makan selepas matahari terbenam. Bermulanya matahari terbit saya danjiki.

Oh. Memang kena danjiki ya. Mesti kurus selepas sebulan nanti. Kenapa kena danjiki? Tidak penat? Orang muda mesti boleh tahan. Kalau saya yang dah tua ini, mesti tak larat.

Untuk belajar tentang sabar. Danjiki untuk mengingatkan diri sendiri tentang orang lain yang tidak berpeluang untuk makan dan minum.

Kuatnya.

Perbualan kami diteruskan pula dengan jenis-jenis makanan yang saya masak untuk berbuka 🙂

Latihan untuk berkata TIDAK kepada sesetengah keinginan diri kerana mahu mentaati Allah. Latihan yang meningkatkan daya kawalan diri.

Selamatkan Uda dan Dara Dengan Hikmah Puasa, Saifulislam.com

Waktu yang paling sesuai untuk menilai keimanan dan kekuatan diri sendiri. Latihan untuk menundukkan nafsu. Kalau kita kalah dalam keadaan kita tanpa sebarang dugaan atau bisikan syaitan, di situ kita menilai diri kita yang sebenar. Kekuatan yang dibina daripada Ramadhan ini akan memberikan perubahan besar dalam diri kita.

Saya rujuk kepada satu modul MasterPIES yang sedang saya ikuti,

Mastering your P, I, E, and S

Mastering your P, I, E, and S

Mudah sahaja untuk memahami rajah di atas, S akan mempengaruhi P, I, dan E. Tetapi bukan mudah untuk melaksanakannya. Perlu pada kesungguhan untuk menyatakan YA pada perintah Allah dan TIDAK pada kepada sesetengah keinginan diri sendiri kerana mahu mentaati Allah. Ramai yang sudah mengerti pentingnya prinsip YA dan TIDAK ini, tetapi tidak ramai yang bersungguh-sungguh dalam merealisasikannya.

Allah turunkan bulan Ramadhan kepada kita untuk kita MESTI melaksanakan perintah Allah. Kalau selain bulan Ramadhan, saikai merupakan amalan sunat. Tiba bulan Ramadhan setiap muslim wajib berpuasa.

Bukannya hanya sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi…

Bukankah Allah Maha Pengasih Maha Penyayang!

Allah memberikan peluang terbaik bagi mereka yang sebelum ini bertangguh, berlengah untuk mengerjakan amalan ibadah. Waktu inilah semua berpuasa, bersedeqah dengan pembayaran zakat, digandakan pahala berlipat ganda atas setiap amalan yang dikerjakan. Dan 10 malam terakhir Ramadhan merupakan hadiah teristimewa daripadaNya. Didikan terbaik daripada Allah kepada hamba-hambaNya.

Jika Al-Quran diturunkan Allah sebagai hidayah kepada seluruh umat manusia sebagai practical guidance, Ramadhan pula merupakan hidayah dalam bentuk praktikaliti amali! Malang sekali mereka yang mensia-siakan hadiah Allah ini.

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. (185)

(Surah Al-Baqarah : 185)

Ramadhan masih lagi berbaki, walaupun kurang daripada separuh. 10 malam yang terakhir pun hampir tiba. Up to the challenge?

Ramadhan is the month of feeding not eating 🙂

Sheikh Muhammad Alshareef

Advertisements

9 thoughts on “Puasa Bukan 断食 Tetapi 斎戒

  1. Thank you for the reminder Inda. Up to the challenge? Insha’Allah I will give my all for this challenge. Doakan kita semua berjaya inshaAllah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s