Ichi Go Ichi E


Perkara pertama yang terlintas dalam kepala akak ni, “Aduh, ada 3 bulan je lagi untuk hidup. Ya Allah.”

Semua gelakkan saya.

“Yelah, kalau dalam TV bila doktor bagitau yang kita ada fatal disease, mesti ada tempoh 3 bulan je untuk hidup.”

Saya berkongsi kisah benar saya di mana doktor tersilap dignosis saya dengan masalah jantung semasa medical check-up sebelum berangkat ke Jepun. Fuh, lemah semangat. Tetapi itu bukan sekadar cerita lawak, tetapi sesuatu yang mengubah cara saya memandang kehidupan.

Perkongsian itu harapnya memberi satu gambaran tentang hidup ini adalah proses untuk merebut peluang.

Alhamdulillah, semuanya lancar semasa Wii 2009 di Nara baru-baru ini. Selalunya saya bayangkan waktu perpisahan setiap kali program merupakan waktu yang paling sedih, tetapi kali ini, waktu muhasabah sahaja sudah buatkan saya menitik air mata. SubhanAllah.

Ichi go ichi e (一期一会)

this is the moment

Satu lagi peluang buat diri saya untuk berkongsi ilmu dan memperoleh ilmu. Kali ini, saya telah cuba kongsikan dengan para peserta di Wii tentang konsep hidayah.

Kak Inda, baru saya faham yang hidayah ini merupakan satu peluang!

Berapa ramai di antara kita yang merebut peluang depan mata? Pernah atau tidak kita melepaskan atau terlepas peluang di depan mata kita?

Saya berpeluang untuk mengikuti satu program di US, yang disiarkan secara langsung melalui  video streaming di internet. Program yang menyentuh tentang pemahaman dan praktikaliti dalam surah al-Fatihah. Saya dapat maklumat program ini pun disebabkan saya sedang mengikuti program MasterPIES yang dibawa oleh saudara Fazrul Ismail dan beliau merupakan speaker dalam program di US itu. Kebetulan malam itu, saya berada di rumah kawan dan disebabkan kami bersembang panjang, masing-masing tidur lewat pada malam tersebut. Jadi disebabkan waktu subuh agak awal, saya ikuti program al-Fatihah tersebut sementara menunggu waktu subuh.

Speaker menerangkan tentang konsep hidayah.

Ah!

Kelam kabut saya mencari-cari pen dan kertas.

*Majide, on the spot!

Ayat yang sedang dibincangkan ialah ayat keenam surah al-Fatihah.

Kalau kita diajak buat baik, kita kena ingat sebab ada ramai yang tidak berpeluang mendapat ajakan untuk buat baik.

Ajakan buat baik itulah adalah antara cara Allah beri hidayah.

Allah beri peluang untuk kita buat baik. Allah sedang tunjuk jalan yang lurus.

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.

(al-Fatihah : 6)

*Naruhodo~

Satu lagi Eureka! 17 kali saya baca surah ini setiap kali solat. 17 kali saya ulang ayat ini. Bukannya saya tidak nampak sebelum ini, maksud ayat ini. Tetapi saya kurang sedar. Saya minta Allah tunjukkan saya jalan yang lurus 17 kali sehari. 17 kali. Itu belum kira doa saya selepas solat. Belum masuk lagi setiap kali saya baca al-Fatihah sebelum belajar atau sebelum buat apa-apa.

Kenapa paling kurang 17 kali?

Doa.

Allah perkenankan atau tidak doa saya yang 17 kali itu.

Ya!

Allah perkenankan. Saya sudah pun berada di program Wii dan itu hanya satu daripada berjuta perkara yang berlaku dalam hidup saya yang memberikan signal untuk saya ikuti ‘jalan yang lurus’ itu.

Sesungguhnya Allah tidak menzalimi manusia sedikit pun, tetapi manusia itulah yang menzalimi diri mereka sendiri.

(Yunus : 44)

Kalau hendak difikirkan, rasanya dari celik mata sampai pejam mata sebelum tidur, setiap masa Allah berikan kasih sayangNya. Saya yang minta 17 kali sehari, Allah pasti akan perkenankan. Cuma saya sedar atau tidak.

Sesi itu membuatkan saya tidak senang duduk. Tiba-tiba banyak perkara yang membuatkan saya berfikir banyak. Banyaknya perkara yang saya dah belajar sehingga sekarang, dan tidak kurang juga banyak perkara yang telah saya sia-siakan sebelum ini. Saya terfikir, kalau-kalau pernah saya menolak petunjuk yang Allah berikan. Saya minta supaya saya berada di jalan yang diredhaiNya, pada masa yang sama semasa ajakan untuk berada di atas jalan yang lurus itu sampai, saya tolak.

Astaghfirullah

Yakinlah, perhatikan perkara yang berlaku di sekeliling kita. Hendak menjadi golongan yang mendapat nikmat, jalannya ada di mana-mana, di sekeliling kita.

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

(al-Fatihah : 7)

Bunyi azan dalam komputer.

Dah masuk waktu. Solat jom.

Satu lagi ajakan 🙂

PS: Lagi dekat kita pada Allah, lagi mudah untuk kita rasa kasih sayangNya. Memahami al-Quran adalah salah satu cara terbaik untuk rasai kasih sayangNya. Sama-sama join Winter Gathering IPIJ 2009 di Nara-ken, untuk merasai rahmat kasih sayang Allah dalam surah al-Fatihah. Maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi NUR KASIH.

PS2: Majide = Wah, memang betul.

Naruhodo = I see…

Advertisements

5 thoughts on “Ichi Go Ichi E

  1. arigatou kak inda…saya benar2 telah buka mata tentang konsep hidayah..
    dan saya telah kongsi bersama sahabat dan adik2 dalam usrah tempatan..

    Suka ingin berkongsi sepotong ayat daripada Surah An-Nahl ayat 93:

    Dan jika Allah menghendaki, tentulah Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama Allah yang satu); akan tetapi Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa yang kamu telah kerjakan. (16:93)

    Tanda-tanda kasih sayang Allah itu maha luas. Termasuklah memberikan HIDAYAH untuk kita. HIDAYAH ini Allah yang beri atau kita yang minta?
    Saya terbaca satu anologi menarik untuk dikongsi bersama.

    “Allah turunkan hujan pada semua orang untuk merasai nikmat air hujan. Jika orang itu nak kan hujan, maka orang itu akan menadah air hujan itu dengan baldi. Jika orang itu taknak hujan, maka orang itu akan terbalikkan baldinya. Begitu juga dengan hidayah. Hidayah itu ibarat hujan. Allah turunkan hidayah pada semua orang untuk merasai nikmat hidayah. Jika orang itu nak kan hidayah, maka orang itu akan membuka pintu hatinya untuk menerima hidayah itu, jika orang itu taknak hidayah, maka orang itu akan menutup hatinya untuk tidak menerima hidayah itu. Di sini, kita yang menentukan samada hidayah itu sampai pada kita atau tidak. Tadahlah sebanyak2nya titisan hidayah yang Allah berikan pada kita insyaAllah”

    WallahuA’lam.Yang baik itu semuanya datang daripada Allah. Yang buruk itu juga daripada Allah, tetapi melalui kelemahan diri kita sendiri.

  2. Satu contoh yang akak dapat masa brainstorm untuk pembantu trainer WG2009, kalau ada kumpulan yang buat solat jemaah kat tempat-tempat kita, ada tadarus, ada majlis agama, doa kita dah dimakbulkan.. Doa kita untuk ditunjukkan jalan yang lurus dimakbulkan Allah SWT.

  3. Assalamualaikum,

    Memang benar apa yang Inda sampaikan, dan akak mengalaminya sekarang ini, diberi peluang untuk memberi setelah 20 tahun tidak berkesempatan.

    PS: Banyaknya entri yang akak kena baca, sejak sibuk jadi muslim yang belajar ni tak sempat melayan internet. Terima kasih atas perkongsian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s