Kisah si layang-layang


Perbualan kami bertiga di Facebook,

Inda Hanim Samsi : nk2!!!!!!! nk2!!!! nk2!!!! adek hujung bln 4 br abis blaja…..nk pi ..nk pi…men snowboard..weeeeeeee~~~~

Inda Hayati Samsi : hah..hujung bulan 4 saya kat msia.. kita gi holiday aaa…

Inda Hanim Samsi : yess!!!!!!!!!!! hahahaha..ok..nnt gtau ayah…hee…tgk bajet ade x…yahoOOooOOo~~~~~

Inda Hanum Samsi : oi oi oiiiiiiiii…ape ni plan holiday anum takde kat msia >.<

Dah lama rasanya tidak bercuti berlima. Sepanjang saya, Anum dan Anim berada di universiti, jarang sekali kami dapat berkumpul bertiga dengan mama dan ayah. Gambar di atas antara waktu-waktu sepanjang percutian kami di Port Dickson 2, 3 tahun yang lepas. Waktu ini, ayah dan mama sedang bermain jetski dan kami bertiga di tepi pantai bermain layang-layang.

Tiba-tiba,

Aarrrgghhhhhhhhh…. layang-layang.

Tali layang-layang terlepas daripada tangan adik saya dan masing-masing tergamam.

Saya rasa tidak sempat saya fikir panjang, kaki sudah berlari laju mengejar tali layang-layang. Entah kenapa, laju sangat lari waktu tersebut. Yang saya tahu, tali layang-layang itu mesti saya dapatkan semula. Refleks agaknya.

Tapi pernahkah perasan atau tidak, yang layang-layang hanya terbang tinggi apabila menentang arus angin. Pernah fikirkan?

Layang-layang tidak akan naik jika tiada angin. Dan semakin kuat arus angin yang menentang permukaan layang-layang, semakin tinggi layang-layang akan terbang.

Manusia pun begitu juga. Untuk berjaya, kita perlu menentang pelbagai jenis arus angin, rintangan di depan mata. Apabila ada sesuatu yang kita impikan dan cita-citakan, pasti akan ada rintangan untuk mendapatkannya. Ini akan memerlukan kesungguhan. Kesungguhan itulah yang sebenarnya membuatkan kita terbang lebih tinggi. Belajar daripada kesungguhan layang-layang menentang arus angin.

Ujian, rintangan, cabaran, kesusahan, kepayahan bukan untuk menggagalkan kita, bukan untuk menjatuhkan kita. Sebenarnya untuk membentuk kesungguhan dalam diri kita.

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (7) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). (8)

(al-Insyirah : 5-8)

Setiap daripada mereka yang berjaya, terbang tinggi dengan menentang arus angin ini. Tiada jalan mudah untuk berjaya. No shortcut.

Steve Jobs sendiri pernah dipecat daripada syarikat yang dibinanya sendiri! Dan kini dia merupakan salah seorang CEO sebuah syarikat gergasi, Apple Inc.

Dan beribu-ribu, berjuta-juta, berpuluh juta kisah mereka yang berjaya.

Ah, sebenarnya tidak perlu lihat jauh. Lihat pada kejayaan-kejayaan kecil kita sebelum ini. Ada kisah si layang-layang di sebalik setiap pencapaian kita?

Sekecil-kecil kejayaan pun memerlukan kita menentang arus-arus kecil, lagi-lagilah untuk kejayaan-kejayaan besar. Lagi-lagilah untuk berjaya dunia dan akhirat. Sudah masanya kita sedar, untuk menjadi seorang yang HEBAT bukan mudah. Untuk menjadi MUSLIM HEBAT, kita perlu bersedia dengan rintangan yang lebih besar. Dan percayalah, setiap rintangan itu menerbangkan layang-layang kita tinggi dan lebih tinggi di awangan.

Menjadi hebat bukanlah pilihan, malah ia satu KEMESTIAN kerana syurga itu bukanlah untuk orang-orang biasa. Syurga adalah untuk orang-orang yang hebat. Jom berusaha keras untuk menjadi seorang muslim super!

Kiminoegao

Semoga diberikan ruangan masa untuk bercuti bersama-sama lagi 🙂

Advertisements

7 thoughts on “Kisah si layang-layang

  1. hahahha..lawak gle tym layang2 ter terbang..nsibek sempat tangkapp..nggeee..thanx to my sis!!!! cpat2 laa blk mesia…chayok2..;DD

  2. salaam,

    satu analogi dan juga hipotesis menarik, mungkin?

    Semakin kuat angin, semakin tinggi layang-layang.

    Semakin hebat cabaran, semakin hebat kejayaan.

    • Itu pun tepat. Kalau layang-layang bocor, mana boleh terbang kan?
      InsyaAllah Kak Faiz, ni pun hampir habis dah ni. Akak doakan la ek dipermudahkan semuanya di sini. Lama dah tak jumpa geng-geng silat gayong. Apa cerita la agaknya…

  3. Pingback: Berkongsi . « sebuah catatan – rijal tarbiyah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s