#8: Taqwa

Advertisements

The Secret dan Wii2009

Tinggal lagi lebih kurang 2 minggu sebelum Wii2009 bermula. Saya rasa sedikit berdebar, pada masa yang sama seronok. Seronok dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat seIslam yang lain, seronok dapat berkongsi ilmu dan pengalaman di sana nanti. Berdebar? Semoga Allah mudahkan segala urusan, dari urusan programnya, para speaker dan bakal pesertanya.

Tahun ini, diamanahkan menjadi salah seorang speaker. Alhamdulillah. Ada sesuatu untuk drive diri ini. Sesuatu untuk improve diri ini. Banyak juga hendak dikongsi semasa program nanti. Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik, kelapangan dada dan kefasihan lidah.

Sepanjang program MasterPIES yang saya ikuti selama 3 bulan sebelum ini, banyak sangat perkara yang menganjak paradigma. Setiap satunya membawa kepada perubahan yang lebih baik. Dan sememangnya, manusia perlu ‘kuat’. Lebih-lebih lagi untuk berjaya di akhirat.

Saya akan kongsikan The Secret semasa program nanti, insyaAllah.

Harapan untuk berjumpa dengan semua sisters di Jepun yang mahukan perubahan dalam hidup mereka semasa Wii nanti. Perlu berjaya dahulu di dunia sebelum mendapat kejayaan besar di akhirat.

Improvement begins with I

PS : Maklumat lanjut tentang program Weekend of Islamic Insights 2009 (Wii2009) yang akan diadakan di Nara pada 21hb-23hb November, sila layari laman ini.

Emotifonts

Picture4

Picture1

I purposely use the grungy typeface for I Love You and beautiful handwritten typeface for I Hate You, just to show how emotional typefaces can be.

I want to say I Love You, but you might feel “Does she really mean that?”

I want to say I Hate You, but you might say “She does not mean that, right?”. The typeface is just too lovely to have such impact.

Picture3Picture2Same goes for Danger and Safe. Do you feel safe if you see this SAFE signboard?

Usually, hmm normally people tend to use certain typefaces to express certain emotions. And different typefaces also give out different signals. You don’t see much of DANGER in the form of flowery typefaces or thin sleek typefaces but huge bulky, grungy typefaces. Just to show how seriously dangerous it is and to send out signals or emotions that someone should be scared, extra cautious and at all cause avoid it.

You don’t see greeting cards that say I Love You or Get Well Soon in grungy, disturbing, bulky typefaces but in cute, soothing and lovely typefaces. My migraine could get worst if someone give me a Get Well Soon card with a typeface like this,

Picture5You get the point. How can these typefaces generate different emotions or trigger certain feelings? The art of interacting with human without talking to them.

Summer Conference and Spiritual Retreat 2009: Ties That Bind Faith, Community, Career

Assalamualaikum warahmatullah

Brothers & sisters in Islam,

Realizing the need to maintain the spirit of activism in all spheres of our lives especially in this country, Malaysian Students Association of Nagoya (MASIN) and Ikatan Persaudaraan Islam Japan (IPIJ) are organizing Summer Conference and Spiritual Retreat 2009: Ties That Bind Faith, Community, Career. The target audience are Malaysian students, but and other nationalities are most welcome. We hope the topics suggested below will cover issues in da’wah (to muslims/non-muslims alike), civic responsibility and career develepment. Later in the evening, the program is followed by a spiritual retreat/qiamullail at the Nagoya Masjid.

Venue: Nagoya University Kaikan, Sakurayama & Nagoya Mosque

Date: 27th JUNE 2009 (Saturday)

Participation Fees : FREE

For more information, please visit the official blog here.

Ada Apa Dengan Cinta

Nak tengok movie apa ek? Hari Ahad mana ada cerita best kat TV.

Hmm… Eh, Hancock tak pernah tengok lagi.

Oh ye? Okey, jom tengok.

Kami menonton Hancock sambil memusing takoyaki. Ini kali kedua saya menonton penuh filem ini. Sebelum ini, selepas menontonnya penuh buat pertama kali, saya hanya memilih untuk menonton bahagian yang saya rasakan memberi impak yang paling besar. Pada saya, bahagian itu merupakan main point filem ini.

Hancock, kisah seorang superhero yang telah hilang hala tujuan. Setelah berlaku beberapa insiden yang makin menjatuhkan reputasi Hancock, beliau dibantu oleh seorang konsultan imej untuk membentuk semula watak superhero ini. Genre filem ini sama sahaja seperti X-Men, Spiderman, Superman, Batman dan seumpamanya dan genre ini merupakan salah satu genre kegemaran saya. Action-packed!

Namun begitu, pertama kali saya merasakan daya penarik pada filem genre ini bukan pada kisah lawan hero-villainnya, tetapi pada kisah CINTAnya. Pada pendapat saya, ini sebenarnya motif utama penulis skrip filem ini.

Jangan salah faham, saya bukanlah peminat kisah cinta tidak tentu hala. Menangis kecewa tidak tentu pasal, hilang arah tujuan apabila kekasih lari. Tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang. Isk isk.

Maaf, tulisan di bawah mengandungi spoiler, harap maklum.

Sepasang suami isteri superhero (Hancock dan isteri) yang akan hilang kuasanya jika mereka terus bersama. Jika hilang kuasa, mereka akan dikalahkan dan akhirnya mati. Jadi untuk mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku, si isteri menjauhkan diri dari Hancock. Sehinggalah satu masa, Hancock mengetahui cerita sebenar ketika berjumpa secara kebetulan dengan si isteri. Keadaan itu menyebabkan sekumpulan penjahat berjaya mengambil kesempatan untuk membalas dendam dan mencuba untuk membunuh kedua-dua superhero tersebut.

Di sini bermula kuasa sebenarnya. Klik untuk meneruskan pembacaan.

Kerana syahadah, muslim itu dae’i

Waaa, sampai kering kepala otak dibuatnya…

Alhamdulillah, komputer pun dah re-format. Ringan sedikit. Hampir seminggu berdepan dengan komputer, bertungkus-lumus dengan team BITV*  mengedit sedikit ‘buah tangan’ dari IPIJ. Pun masih ada 30% berbaki. Terpaksa membiarkan blog dilalangi. (heh, pandai-pandai je)

My work station

My work station

Alhamdulillah, tak meletup komputer buruk ni

Alhamdulillah, tak meletup komputer buruk ni

Saya suka berdepan dengan work station saya. Saya suka buat kerja di work station saya. Cumanya, banyak perkara dalam kepala dan hati menyebabkan tidak boleh fokus. Dahulunya menjadi tempat melepaskan tekanan, kini makin tertekan pula. Astaghfirullah…

Bahagianya kalau dapat duduk diam-diam di work station saya tanpa sebarang tekanan.

Cerita hati, antara minat, hak dan tanggungjawab.

Saya suka satu ayat ini,

Kerana Syahadah, Muslim itu Dae’i

* * *

Okay, cerita lain. Book review

Dakwah at its BEST!

MasyaAllah, Baba Ali has done it again~.

Lama tunggu update terbaru dari Ummah Films. Dan terpaku saya menonton projek terbaru Baba Ali, Hurray for Baba Ali. Projek khusus buat kanak-kanak. Video di bawah adalah tentang adab memakai kasut dalam Islam.

Memang sudah banyak video-video yang mengajar cara-cara memakai kasut untuk kanak-kanak. Sedikit yang menerangkan adab memakai kasut mengikut sunnah dan video Baba Ali ini merupakan salah satu daripadanya. Alhamdulillah.

Seronok mendengar suara kanak-kanak di dalam video ini, manis dengan kata-kata puji-pujian pada Allah. MasyaAllah, Subhanallah, Alhamdulillah, Bismillah. Suara-suara indah dan manis begini yang kita mahukan dan perlu diterapkan pada kanak-kanak. Isk, bukan setakat kanak-kanak, semualah termasuk abang, kakak dan mak ayah sekali.

Baba Ali telah melakukan sesuatu yang baik sekali. Malah usaha beliau amatlah saya kagumi, menggunakan humor dalam dakwah. Kenapa? Sebab di luar sana ada sahabat-sahabat yang di waktu siangnya dengan lagak gaya macho, mat rempitnya tetapi malam-malam melayari Ummah Films untuk mendapatkan input-input Islam. Kenapa? Pendekatan humor yang digunakan sememangnya santai dan mudah diterima mereka yang cuba mengelak atau fobia dengan pendekatan yang serius.

Malah, beliau lebih banyak menyentuh isu-isu sensitif dan common sense dalam dakwahnya yang kadangkala sukar disentuh oleh orang lain. Very straight forward. Isu aurat, isu jual beli, kahwin dan banyak lagi isu-isu yang dipandang remeh oleh sesetengah kita. Dakwah berhikmah. Ada di antara kita yang juga berdakwah secara straight forward, namun lupa bahagian hikmahnya. Kita berani bersuara tetapi suara kita tidak diterima. Dakwah perlu lihat pada sasarannya.

Dakwah dari perspektif marketing. Apa strategi pemasaran yang hebat?