Kisah si layang-layang

Perbualan kami bertiga di Facebook,

Inda Hanim Samsi : nk2!!!!!!! nk2!!!! nk2!!!! adek hujung bln 4 br abis blaja…..nk pi ..nk pi…men snowboard..weeeeeeee~~~~

Inda Hayati Samsi : hah..hujung bulan 4 saya kat msia.. kita gi holiday aaa…

Inda Hanim Samsi : yess!!!!!!!!!!! hahahaha..ok..nnt gtau ayah…hee…tgk bajet ade x…yahoOOooOOo~~~~~

Inda Hanum Samsi : oi oi oiiiiiiiii…ape ni plan holiday anum takde kat msia >.<

Dah lama rasanya tidak bercuti berlima. Sepanjang saya, Anum dan Anim berada di universiti, jarang sekali kami dapat berkumpul bertiga dengan mama dan ayah. Gambar di atas antara waktu-waktu sepanjang percutian kami di Port Dickson 2, 3 tahun yang lepas. Waktu ini, ayah dan mama sedang bermain jetski dan kami bertiga di tepi pantai bermain layang-layang.

Tiba-tiba,

Aarrrgghhhhhhhhh…. layang-layang.

Tali layang-layang terlepas daripada tangan adik saya dan masing-masing tergamam.

Saya rasa tidak sempat saya fikir panjang, kaki sudah berlari laju mengejar tali layang-layang. Entah kenapa, laju sangat lari waktu tersebut. Yang saya tahu, tali layang-layang itu mesti saya dapatkan semula. Refleks agaknya.

Tapi pernahkah perasan atau tidak, yang layang-layang hanya terbang tinggi apabila menentang arus angin. Pernah fikirkan? Teruskan membaca.

Advertisements

Lenaku dikejutkan Ilahi

Belum sempat aku masuk ke dalam kereta, air mataku mengalir deras. Tidak tertahan rasanya. Kata-kata doktor tadi benar-benar melemahkan hati ini. Aku memecut laju kereta. Air mata masih deras mengalir. Seluruh hidupku kini berlalu pantas dalam fikiranku. Tidak ku fikirkan langsung tentang Jepun.

Mama… Ayah…

Anum… Anim…

4 nama ini bermain-main dalam hati dan fikiranku. Jika benar apa yang dikatakan doktor tadi… Ya Allah, masaku… keluargaku, air mata terus mengalir.

Baru sahaja mengenal erti hidup, aku tidak sanggup lepaskannya.
Baru sahaja mengenal erti pengorbanan, aku belum sempat membalasnya.
Baru sahaja dibukakan jalan, aku belum sempat melaluinya.

lenaku dikejutkan Ilahi, teruskan membaca

Hayati, Hanum, Hanim

Selain daripada Hayati, nama-nama di atas merupakan adik-adik saya. Dan sudah tentunya Hayati itu nama saya. 🙂

Hanum, Hanim, Hayati

Hanum, Hanim, Hayati ( ha ha ha )

“Haih, Inda ni..perangai Anum ngan Anim ni mesti amik dari Inda ni..degil, yang tak elok je amik dari Inda tau.. yang baik-baik tak.. “, ayah berseloroh dalam kereta.

Kami ketawa, tapi ada yang benar pada sebahagiannya.

“In general, parents serve the same big-picture role as doctors on grand rounds. Siblings are like the nurses on the ward. There’re there every day.”

teruskan membaca