#7: Ganbarimashou!

Advertisements

KEUMGANG

The definition of Keumgang is “Too strong to be broken”, or “diamond”. The movements of the Poomse Keumgang are as beautiful as the Keumgang-san (a Korean mountain) and as strong as Keumgang-seok (diamond).

Saya tidak sempat memahirkan diri dengan Keumgang. Belum habis belajar, dah kena fly ke Jepun. Keumgang merupakan poomsae (pattern) ke 2 untuk black-belt holder selepas Koryo.

Tidak sesekali saya sangka yang adik saya juga sedang dalam mood taekwondonya. Elok sahaja setelah hampir satu hari saya melayan perasaan dengan melihat video-video taekwondo di Youtube, video dan gambar simpanan saya semasa berlatih dan bertanding di Universiti Malaya, terus saya layari blog adik saya. Dan saya dikalahkan adik saya. Belum sempat saya menaip entri terbaru saya…

Inda remember?

Teacher Alice (of Maahad Taekwondo club) used to say to the crowd.

“Tak boleh letak anum & inda together in the court…gaduh!”

(by gaduh she meant, serious sparring! =)

Memang kami benar-benar bergaduh. Saya sendiri akui. Mungkin kerana kami tidak boleh bergaduh di rumah (isk, memang cari pasal lah nak gaduh di rumah), jadi kami melepaskan kegeraman kami semasa latihan. Sihat, sihat. Selamat.

Sudah hampir 4 tahun saya tidak berlatih taekwondo. Saya cuba berlatih karate, best tetapi tidak puas.

Kali ini saya jatuh cinta sekali lagi…

…dengan Korean Tigers.

Siapa Korean Tigers?

Kisah ikan goreng hangus

“Aku rasa, masak dah ayam ni…”, kata Ikmal.

“Eh, masak dah ke? Jap pusingkan sat”

“Haaaa..kan aku dah kata, masak dah… leh terus buat sup ni..hihi”, sambung Ikmal.

Perbualan ketika sedang berusaha defrost ayam untuk dipotong pada malam sebelum open house kami. (Kalau nak tahu, ayam halal di Jepun ini, beku sekeras batu. Kalau terjatuh, berdentum gak. Boleh luka jari kaki. Bila bergolek-golek pun macam batu)

“Okey, yang takde kerja, boleh siang ikan…Siapa tahu siang ikan?’

Semua sunyi membatu…

Yang tahu menyiang ikan adalah orang yang sedang memotong ayam, Dayah. Aduh, dah 4 tahun dah di perantauan, masih tidak boleh siang ikan ke kawan-kawan saya ini?

“Chief oren, sayur ni nak potong macam mana?”, tanya Iwan.

“Hmm, potong halus-halus macam ini..”, sambil menunjukkan hasilnya.

“Ok, apa teknik nak potong camtuh?”

“Haaa..?”

Di luar tersenyum, dalam hati tergelak. Macam ini ke keadaan memasak pelajar lelaki. Riuh dan kecoh. Meriah~

meriahnya menjelang rumah terbuka

Diari, BUKAN KERNA NAMA

“Rasa cepat sangat Summercamp kali ini”
“Rasanya baru semalam je mula, dah hari akhir”
“Tak rasa cepat sangat ke?”

Peserta akhawat bersama Ustaz

Saya pun berperasaan demikian. Walaupun program kali ini dipanjangkan berbanding tahun-tahun sebelumnya, tetapi lebih cepat habis pula rasanya. Mungkin sebab setiap hari ternanti-nanti pengisian dari ustaz, mungkin setiap hari ternanti-nanti giliran membawa kuliah subuh, mungkin setiap hari ternanti-nanti LDK dan mungkin juga kerana seronok berprogram sehingga tidak sedar berlalunya masa.

Atau mungkin,

Masa dirasakan berlalu pantas seperti mana yang dinyatakan tentang tanda-tanda semakin dekat kiamat.

Tidak akan datang kiamat sehingga …. zaman semakin berdekatan (terasa singkat)”.

(Shahih Al-Bukhari, Kitab Al-Fitan 13:81-82)

Background dan huraian hadith

baca lagi

Risau

Perkara yang merisaukan telah menjadi kenyataan…

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

”Sesiapa yang diserahkan oleh Allah akan sesuatu urusan dari beberapa urusan pemerintahan kaum muslimin, lalu ia tidak mempedulikan tentang keperluan mereka, kesusahan dan penderitaan mereka nescaya Allah tidak akan mempedulikan tentang keperluan, kesusahan dan penderitaannya di hari kiamat nanti.”

Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi

Harap tidak tersilap langkah.

Ya Allah, permudahkanlah…