Improvement Begins With I

When I was 17 I read a quote that went something like “If you live each day as if it was your last, someday you’ll most certainly be right.” It made an impression on me, and since then, for the past 33 years, I have looked in the mirror every morning and asked myself, “If today were the last day of my life, would I want to do what I am about to do today?” And whenever the answer has been “no” for too many days in a row, I know I need to change something. Remembering that I’ll be dead soon is the most important thing I’ve ever encountered to help me make the big choices in life, because almost everything–all external expectations, all pride, all fear of embarrassment or failure–these things just fall away in the face of death, leaving only what is truly important. Remembering that you are going to die is the best way I know to avoid the trap of thinking you have something to lose.

Steve Jobs Stanford Commencement Speech

Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang.

(Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah)

www.kaizenfatihah.com

Advertisements

Ichi Go Ichi E

Perkara pertama yang terlintas dalam kepala akak ni, “Aduh, ada 3 bulan je lagi untuk hidup. Ya Allah.”

Semua gelakkan saya.

“Yelah, kalau dalam TV bila doktor bagitau yang kita ada fatal disease, mesti ada tempoh 3 bulan je untuk hidup.”

Saya berkongsi kisah benar saya di mana doktor tersilap dignosis saya dengan masalah jantung semasa medical check-up sebelum berangkat ke Jepun. Fuh, lemah semangat. Tetapi itu bukan sekadar cerita lawak, tetapi sesuatu yang mengubah cara saya memandang kehidupan.

Perkongsian itu harapnya memberi satu gambaran tentang hidup ini adalah proses untuk merebut peluang.

Alhamdulillah, semuanya lancar semasa Wii 2009 di Nara baru-baru ini. Selalunya saya bayangkan waktu perpisahan setiap kali program merupakan waktu yang paling sedih, tetapi kali ini, waktu muhasabah sahaja sudah buatkan saya menitik air mata. SubhanAllah.

Ichi go ichi e (一期一会)

this is the moment

Satu lagi peluang buat diri saya untuk berkongsi ilmu dan memperoleh ilmu. Kali ini, saya telah cuba kongsikan dengan para peserta di Wii tentang konsep hidayah.

Kak Inda, baru saya faham yang hidayah ini merupakan satu peluang!

Berapa ramai di antara kita yang merebut peluang depan mata? Pernah atau tidak kita melepaskan atau terlepas peluang di depan mata kita?

Saya berpeluang untuk mengikuti satu program di US, yang disiarkan secara langsung melalui  video streaming di internet. Program yang menyentuh tentang pemahaman dan praktikaliti dalam surah al-Fatihah. Saya dapat maklumat program ini pun disebabkan saya sedang mengikuti program MasterPIES yang dibawa oleh saudara Fazrul Ismail dan beliau merupakan speaker dalam program di US itu. Kebetulan malam itu, saya berada di rumah kawan dan disebabkan kami bersembang panjang, masing-masing tidur lewat pada malam tersebut. Jadi disebabkan waktu subuh agak awal, saya ikuti program al-Fatihah tersebut sementara menunggu waktu subuh.

Speaker menerangkan tentang konsep hidayah. Teruskan membaca.

The Secret dan Wii2009

Tinggal lagi lebih kurang 2 minggu sebelum Wii2009 bermula. Saya rasa sedikit berdebar, pada masa yang sama seronok. Seronok dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat seIslam yang lain, seronok dapat berkongsi ilmu dan pengalaman di sana nanti. Berdebar? Semoga Allah mudahkan segala urusan, dari urusan programnya, para speaker dan bakal pesertanya.

Tahun ini, diamanahkan menjadi salah seorang speaker. Alhamdulillah. Ada sesuatu untuk drive diri ini. Sesuatu untuk improve diri ini. Banyak juga hendak dikongsi semasa program nanti. Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik, kelapangan dada dan kefasihan lidah.

Sepanjang program MasterPIES yang saya ikuti selama 3 bulan sebelum ini, banyak sangat perkara yang menganjak paradigma. Setiap satunya membawa kepada perubahan yang lebih baik. Dan sememangnya, manusia perlu ‘kuat’. Lebih-lebih lagi untuk berjaya di akhirat.

Saya akan kongsikan The Secret semasa program nanti, insyaAllah.

Harapan untuk berjumpa dengan semua sisters di Jepun yang mahukan perubahan dalam hidup mereka semasa Wii nanti. Perlu berjaya dahulu di dunia sebelum mendapat kejayaan besar di akhirat.

Improvement begins with I

PS : Maklumat lanjut tentang program Weekend of Islamic Insights 2009 (Wii2009) yang akan diadakan di Nara pada 21hb-23hb November, sila layari laman ini.