Allah knows

Ketakutan yang tertinggi, adalah apabila tanpa sedar, kita memimpin yang lain ke neraka, atau kita memimpin mereka ke syurga sedang kita ke neraka. Kurayu, dosa-dosaku biar jadi debu, juga milik mereka yang pernah mengenaliku.

Irfan

Kata-kata ini mengingatkan saya kepada satu peristiwa.

Musim sejuk 2008.
Teruskan membaca

Advertisements

Kecil-kecil Cili Padi

Sudah lebih sebulan saya mula berkerja. Sudah terasa kesibukan sebagai seorang jurutera. Dan sudah hampir 3 bulan blog ini terjejas dengan ‘kesibukan‘ sejak saya pulang ke Malaysia.

Sehari ada 24 jam. Saya berkerja antara 10 sehingga 12 jam sehari bergantung kepada keperluan. Jadi lebih daripada 1/3 masa 24 jam saya dihabiskan di tempat kerja. Manusia pula diciptakan  Allah yang 24 jam yang ada setiap hari itu untuk beribadah kepadaNya.

Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu.

[Az-Zariyat : 56]

Bayangkan sahaja jika 10 sehingga 12 jam itu disia-siakan, pulang dengan penat lelah sahaja. Tidak bermakna.

Saya perlu memaknakan 10 jam tersebut.

***

QC (Quality Control) ini check NG (Not Good) atau tak NG je. Kalau QC buat silap sikit je, yang tak NG tapi report NG, bukan takat delay kat production, dah susahkan ramai orang nak buat ‘die’ baru. Lepas tu, delay mass-pro. Ramai kena overtime sebab nak kejar dateline. Kalau new ‘die’, silap-silap Sony kat Jepun tu terpaksa delay launching model baru dia. Nampak je macam kecik, tapi kesannya satu dunia!

The butterfly effect!

Saya teringat teori ini semasa berbincang tentang Quality Control dengan salah seorang supervisor di tempat kerja.

Teori ini menerangkan yang kibasan sayap seekor rama-rama di Malaysia boleh menyebabkan tsunami di Jepun! Perkara kecil yang menyebabkan berlakunya perkara besar, tanpa diduga.

Sudah lama saya ingin menulis tentang teori ini. Tetapi buat masa sekarang, saya tinggalkan dahulu sebuah klip video tentang The Butterfly Effect.

PS : Berkerja itu pun satu IBADAH. Tiada siapa yang dapat menghalang physical, intelectual, emotional dan spiritual kita untuk digunakan sebaik-baiknya keranaNya.

Ichi Go Ichi E

Perkara pertama yang terlintas dalam kepala akak ni, “Aduh, ada 3 bulan je lagi untuk hidup. Ya Allah.”

Semua gelakkan saya.

“Yelah, kalau dalam TV bila doktor bagitau yang kita ada fatal disease, mesti ada tempoh 3 bulan je untuk hidup.”

Saya berkongsi kisah benar saya di mana doktor tersilap dignosis saya dengan masalah jantung semasa medical check-up sebelum berangkat ke Jepun. Fuh, lemah semangat. Tetapi itu bukan sekadar cerita lawak, tetapi sesuatu yang mengubah cara saya memandang kehidupan.

Perkongsian itu harapnya memberi satu gambaran tentang hidup ini adalah proses untuk merebut peluang.

Alhamdulillah, semuanya lancar semasa Wii 2009 di Nara baru-baru ini. Selalunya saya bayangkan waktu perpisahan setiap kali program merupakan waktu yang paling sedih, tetapi kali ini, waktu muhasabah sahaja sudah buatkan saya menitik air mata. SubhanAllah.

Ichi go ichi e (一期一会)

this is the moment

Satu lagi peluang buat diri saya untuk berkongsi ilmu dan memperoleh ilmu. Kali ini, saya telah cuba kongsikan dengan para peserta di Wii tentang konsep hidayah.

Kak Inda, baru saya faham yang hidayah ini merupakan satu peluang!

Berapa ramai di antara kita yang merebut peluang depan mata? Pernah atau tidak kita melepaskan atau terlepas peluang di depan mata kita?

Saya berpeluang untuk mengikuti satu program di US, yang disiarkan secara langsung melalui  video streaming di internet. Program yang menyentuh tentang pemahaman dan praktikaliti dalam surah al-Fatihah. Saya dapat maklumat program ini pun disebabkan saya sedang mengikuti program MasterPIES yang dibawa oleh saudara Fazrul Ismail dan beliau merupakan speaker dalam program di US itu. Kebetulan malam itu, saya berada di rumah kawan dan disebabkan kami bersembang panjang, masing-masing tidur lewat pada malam tersebut. Jadi disebabkan waktu subuh agak awal, saya ikuti program al-Fatihah tersebut sementara menunggu waktu subuh.

Speaker menerangkan tentang konsep hidayah. Teruskan membaca.

The Secret dan Wii2009

Tinggal lagi lebih kurang 2 minggu sebelum Wii2009 bermula. Saya rasa sedikit berdebar, pada masa yang sama seronok. Seronok dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat seIslam yang lain, seronok dapat berkongsi ilmu dan pengalaman di sana nanti. Berdebar? Semoga Allah mudahkan segala urusan, dari urusan programnya, para speaker dan bakal pesertanya.

Tahun ini, diamanahkan menjadi salah seorang speaker. Alhamdulillah. Ada sesuatu untuk drive diri ini. Sesuatu untuk improve diri ini. Banyak juga hendak dikongsi semasa program nanti. Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik, kelapangan dada dan kefasihan lidah.

Sepanjang program MasterPIES yang saya ikuti selama 3 bulan sebelum ini, banyak sangat perkara yang menganjak paradigma. Setiap satunya membawa kepada perubahan yang lebih baik. Dan sememangnya, manusia perlu ‘kuat’. Lebih-lebih lagi untuk berjaya di akhirat.

Saya akan kongsikan The Secret semasa program nanti, insyaAllah.

Harapan untuk berjumpa dengan semua sisters di Jepun yang mahukan perubahan dalam hidup mereka semasa Wii nanti. Perlu berjaya dahulu di dunia sebelum mendapat kejayaan besar di akhirat.

Improvement begins with I

PS : Maklumat lanjut tentang program Weekend of Islamic Insights 2009 (Wii2009) yang akan diadakan di Nara pada 21hb-23hb November, sila layari laman ini.

Puasa Bukan 断食 Tetapi 斎戒

Are? Saikai? Danjiki jyanai no?

Danjiki wa SAUM to chigau deshou?

Soudesune~

* Eh? Saikai? Bukan danjiki ke?

Danjiki dengan puasa lain kan?

Haah la~

Danjiki (断食) bermaksud menahan daripada perbuatan makan dan minum. Kanji 断 bermaksud tahan dan kanji 食 bermaksud makan (minum sekali). Jadi, sudah semestinya danjiki bukan bermaksud SAUM (berpuasa di bulan Ramadhan) bukan?

Bagi mereka yang berada di Jepun, satu kotoba (perkataan) baru untuk dipelajari. Saya pun baru saja belajar perkataan saikai ini sewaktu program jaulah Biro Perhubungan dan Kebajikan IPIJ di Masjid Nagoya baru-baru ini. Sempat kami berbual-bual dengan sahabat-sahabat Jepun seIslam kami yang sedang berkumpul untuk halaqah ilmu.

斎戒 (saikai) – purification

Google Translate

Sedang danjiki atau saikai? Saya teringat satu perbualan saya dengan Oyasan.

Bulan depan dah mula bulan Ramadhan. Saya akan danjiki selama sebulan. Pernah dengar tentang Ramadhan?

Sebulan? Langsung tak makan dan minum selama sebulan?

Oh, tidak. Saya boleh makan selepas matahari terbenam. Bermulanya matahari terbit saya danjiki.

Oh. Memang kena danjiki ya. Mesti kurus selepas sebulan nanti. Kenapa kena danjiki? Tidak penat? Orang muda mesti boleh tahan. Kalau saya yang dah tua ini, mesti tak larat.

Untuk belajar tentang sabar. Danjiki untuk mengingatkan diri sendiri tentang orang lain yang tidak berpeluang untuk makan dan minum.

Kuatnya.

Perbualan kami diteruskan pula dengan jenis-jenis makanan yang saya masak untuk berbuka 🙂 Teruskan membaca

Pause to Reflect : Tahu tapi buat tidak tahu

Ambillah lilin, nyalakan ia dan letakkan satu daripada sepuluh jari saudari di api lilin itu. Hitunglah berapa saat saudari mampu bertahan akan kepanasan api lilin yang membakar dan menghanguskan satu daripada sembilan jari saudari. Jika saudari melepasi proses pertama ini, letakkanlah pula jari kedua hingga ke jari yang ke sepuluh. Rasalah sendiri panasnya api. Sesungguhnya kepanasan api lilin itu, hanyalah secebis daripada kepanasan api Neraka dan Murka Allah yang menanti manusia yang menzalimi manusia yang lain.

Nasihat yang menghasilkan diam, Saifulislam.com

Ingatan kasih sayang selingan kali ini.

Nak berubah, inilah masanya. Nak tunggu apa lagi? Nak tunggu siapa? Belum tentu ada esok untuk kita.

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih!

PS : Manusia ini macam-macam, tidak tahu yang diri itu tidak tahu, tidak tahu yang diri itu tahu, tahu yang diri itu tidak tahu, tahu yang diri itu tahu. Yang TAHU DIRI ITU TIDAK TAHU, kenapa buat tidak tahu? Alahai. Mengeluh pun tidak beri faedah. Yosh~

Emotifonts

Picture4

Picture1

I purposely use the grungy typeface for I Love You and beautiful handwritten typeface for I Hate You, just to show how emotional typefaces can be.

I want to say I Love You, but you might feel “Does she really mean that?”

I want to say I Hate You, but you might say “She does not mean that, right?”. The typeface is just too lovely to have such impact.

Picture3Picture2Same goes for Danger and Safe. Do you feel safe if you see this SAFE signboard?

Usually, hmm normally people tend to use certain typefaces to express certain emotions. And different typefaces also give out different signals. You don’t see much of DANGER in the form of flowery typefaces or thin sleek typefaces but huge bulky, grungy typefaces. Just to show how seriously dangerous it is and to send out signals or emotions that someone should be scared, extra cautious and at all cause avoid it.

You don’t see greeting cards that say I Love You or Get Well Soon in grungy, disturbing, bulky typefaces but in cute, soothing and lovely typefaces. My migraine could get worst if someone give me a Get Well Soon card with a typeface like this,

Picture5You get the point. How can these typefaces generate different emotions or trigger certain feelings? The art of interacting with human without talking to them.