Kisah si layang-layang

Perbualan kami bertiga di Facebook,

Inda Hanim Samsi : nk2!!!!!!! nk2!!!! nk2!!!! adek hujung bln 4 br abis blaja…..nk pi ..nk pi…men snowboard..weeeeeeee~~~~

Inda Hayati Samsi : hah..hujung bulan 4 saya kat msia.. kita gi holiday aaa…

Inda Hanim Samsi : yess!!!!!!!!!!! hahahaha..ok..nnt gtau ayah…hee…tgk bajet ade x…yahoOOooOOo~~~~~

Inda Hanum Samsi : oi oi oiiiiiiiii…ape ni plan holiday anum takde kat msia >.<

Dah lama rasanya tidak bercuti berlima. Sepanjang saya, Anum dan Anim berada di universiti, jarang sekali kami dapat berkumpul bertiga dengan mama dan ayah. Gambar di atas antara waktu-waktu sepanjang percutian kami di Port Dickson 2, 3 tahun yang lepas. Waktu ini, ayah dan mama sedang bermain jetski dan kami bertiga di tepi pantai bermain layang-layang.

Tiba-tiba,

Aarrrgghhhhhhhhh…. layang-layang.

Tali layang-layang terlepas daripada tangan adik saya dan masing-masing tergamam.

Saya rasa tidak sempat saya fikir panjang, kaki sudah berlari laju mengejar tali layang-layang. Entah kenapa, laju sangat lari waktu tersebut. Yang saya tahu, tali layang-layang itu mesti saya dapatkan semula. Refleks agaknya.

Tapi pernahkah perasan atau tidak, yang layang-layang hanya terbang tinggi apabila menentang arus angin. Pernah fikirkan? Teruskan membaca.

Advertisements

My Guy

Assalamualaikum

Waalaikumsalam. Inda, Selamat Hari Bapa!

Erk (oppss)

Hah, lupa la tu.

Tak lupa… tapi…

Selama yang saya kenal ayah, ayah bukanlah orang yang ambil kisah dengan hari bapa, hari ibu dan yang seangkatan dengannya. Jadi, apabila itu merupakan perkara pertama dari mulut ayah malam itu, saya agak terkejut.

The thought that counts.

Apabila gembira, sampai berita gembira kepada kedua ibubapa. Apabila bersedih, khabarkan kepada mereka. Ingatan kita kepada mereka membuatkan mereka dihargai. Restu dan doa mereka yang kita perlukan.

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (23) Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. (24)

Surah Al-Isra’ ayat 23-24

Siri drama keluarga kegemaran saya semasa kecil, Full House.

Aduh, sebak.

Inda, ayah dah maafkan Inda sebelum Inda buat salah lagi.