#9: Senyum

Advertisements

Jatuh sakit lagi di hari raya :)

Tak meriah pula, tiada sebarang entry raya…

Tahun ini, Eid jatuh pada hari sekolah… sama seperti 2 tahun yang lepas. Jadi kurang sedikit perasaan raya tahun ini. Tambahan lagi, demam di penghujung Ramadhan. Bertambah sayu dan gelisah, kerana setiap kali mama telefon bertanya khabar. Dah la raya, dah sedia sedih…ditambah pula dengan suara kerisauan mama di Malaysia. Bukan waktu terbaik untuk jatuh sakit.

Tapi, apapun saya bersyukur kerana dengan demam ini saya lebih ingat pada Allah. Yelah, hari raya selalu orang gembira…silap-silap sampai ter’over‘ gembira. Perlu ingat kegembiraan di hari raya bukan kerana kita sudah bebas dari bulan puasa, tetapi kegembiraan syukur kita kepada Yang Maha Esa kerana telah memberi kekuatan kepada kita untuk menempuh satu bulan pentarbiyyahan diri. Waktu untuk berterima kasih padaNya.

Tiada apa yang menarik pada 1 Syawal… nak masak raya pun tidak boleh, kerana demam. Seperti biasa, rumah dibuka untuk kunjungan (bukan rumah saya lah tapinya).

Setiap tahun, pasti ada sambutan raya peringkat MASIN 🙂 (Malaysian Society in Nagoya). Lawa gambar di bawah ini macam dalam studio plak, bukan saya yang editnya. Ramai juga yang tiada di dalam gambar ini.

) Makanan tambah garam tiada ummhpp nya

MASIN 🙂 Makanan tak tambah garam tiada ummhpp nya

nak tahu behind-the-scene nya? teruskan membaca