Allah knows

Ketakutan yang tertinggi, adalah apabila tanpa sedar, kita memimpin yang lain ke neraka, atau kita memimpin mereka ke syurga sedang kita ke neraka. Kurayu, dosa-dosaku biar jadi debu, juga milik mereka yang pernah mengenaliku.

Irfan

Kata-kata ini mengingatkan saya kepada satu peristiwa.

Musim sejuk 2008.
Teruskan membaca

Advertisements

Ichi Go Ichi E

Perkara pertama yang terlintas dalam kepala akak ni, “Aduh, ada 3 bulan je lagi untuk hidup. Ya Allah.”

Semua gelakkan saya.

“Yelah, kalau dalam TV bila doktor bagitau yang kita ada fatal disease, mesti ada tempoh 3 bulan je untuk hidup.”

Saya berkongsi kisah benar saya di mana doktor tersilap dignosis saya dengan masalah jantung semasa medical check-up sebelum berangkat ke Jepun. Fuh, lemah semangat. Tetapi itu bukan sekadar cerita lawak, tetapi sesuatu yang mengubah cara saya memandang kehidupan.

Perkongsian itu harapnya memberi satu gambaran tentang hidup ini adalah proses untuk merebut peluang.

Alhamdulillah, semuanya lancar semasa Wii 2009 di Nara baru-baru ini. Selalunya saya bayangkan waktu perpisahan setiap kali program merupakan waktu yang paling sedih, tetapi kali ini, waktu muhasabah sahaja sudah buatkan saya menitik air mata. SubhanAllah.

Ichi go ichi e (一期一会)

this is the moment

Satu lagi peluang buat diri saya untuk berkongsi ilmu dan memperoleh ilmu. Kali ini, saya telah cuba kongsikan dengan para peserta di Wii tentang konsep hidayah.

Kak Inda, baru saya faham yang hidayah ini merupakan satu peluang!

Berapa ramai di antara kita yang merebut peluang depan mata? Pernah atau tidak kita melepaskan atau terlepas peluang di depan mata kita?

Saya berpeluang untuk mengikuti satu program di US, yang disiarkan secara langsung melalui  video streaming di internet. Program yang menyentuh tentang pemahaman dan praktikaliti dalam surah al-Fatihah. Saya dapat maklumat program ini pun disebabkan saya sedang mengikuti program MasterPIES yang dibawa oleh saudara Fazrul Ismail dan beliau merupakan speaker dalam program di US itu. Kebetulan malam itu, saya berada di rumah kawan dan disebabkan kami bersembang panjang, masing-masing tidur lewat pada malam tersebut. Jadi disebabkan waktu subuh agak awal, saya ikuti program al-Fatihah tersebut sementara menunggu waktu subuh.

Speaker menerangkan tentang konsep hidayah. Teruskan membaca.

The Secret dan Wii2009

Tinggal lagi lebih kurang 2 minggu sebelum Wii2009 bermula. Saya rasa sedikit berdebar, pada masa yang sama seronok. Seronok dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat seIslam yang lain, seronok dapat berkongsi ilmu dan pengalaman di sana nanti. Berdebar? Semoga Allah mudahkan segala urusan, dari urusan programnya, para speaker dan bakal pesertanya.

Tahun ini, diamanahkan menjadi salah seorang speaker. Alhamdulillah. Ada sesuatu untuk drive diri ini. Sesuatu untuk improve diri ini. Banyak juga hendak dikongsi semasa program nanti. Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik, kelapangan dada dan kefasihan lidah.

Sepanjang program MasterPIES yang saya ikuti selama 3 bulan sebelum ini, banyak sangat perkara yang menganjak paradigma. Setiap satunya membawa kepada perubahan yang lebih baik. Dan sememangnya, manusia perlu ‘kuat’. Lebih-lebih lagi untuk berjaya di akhirat.

Saya akan kongsikan The Secret semasa program nanti, insyaAllah.

Harapan untuk berjumpa dengan semua sisters di Jepun yang mahukan perubahan dalam hidup mereka semasa Wii nanti. Perlu berjaya dahulu di dunia sebelum mendapat kejayaan besar di akhirat.

Improvement begins with I

PS : Maklumat lanjut tentang program Weekend of Islamic Insights 2009 (Wii2009) yang akan diadakan di Nara pada 21hb-23hb November, sila layari laman ini.

Puasa Bukan 断食 Tetapi 斎戒

Are? Saikai? Danjiki jyanai no?

Danjiki wa SAUM to chigau deshou?

Soudesune~

* Eh? Saikai? Bukan danjiki ke?

Danjiki dengan puasa lain kan?

Haah la~

Danjiki (断食) bermaksud menahan daripada perbuatan makan dan minum. Kanji 断 bermaksud tahan dan kanji 食 bermaksud makan (minum sekali). Jadi, sudah semestinya danjiki bukan bermaksud SAUM (berpuasa di bulan Ramadhan) bukan?

Bagi mereka yang berada di Jepun, satu kotoba (perkataan) baru untuk dipelajari. Saya pun baru saja belajar perkataan saikai ini sewaktu program jaulah Biro Perhubungan dan Kebajikan IPIJ di Masjid Nagoya baru-baru ini. Sempat kami berbual-bual dengan sahabat-sahabat Jepun seIslam kami yang sedang berkumpul untuk halaqah ilmu.

斎戒 (saikai) – purification

Google Translate

Sedang danjiki atau saikai? Saya teringat satu perbualan saya dengan Oyasan.

Bulan depan dah mula bulan Ramadhan. Saya akan danjiki selama sebulan. Pernah dengar tentang Ramadhan?

Sebulan? Langsung tak makan dan minum selama sebulan?

Oh, tidak. Saya boleh makan selepas matahari terbenam. Bermulanya matahari terbit saya danjiki.

Oh. Memang kena danjiki ya. Mesti kurus selepas sebulan nanti. Kenapa kena danjiki? Tidak penat? Orang muda mesti boleh tahan. Kalau saya yang dah tua ini, mesti tak larat.

Untuk belajar tentang sabar. Danjiki untuk mengingatkan diri sendiri tentang orang lain yang tidak berpeluang untuk makan dan minum.

Kuatnya.

Perbualan kami diteruskan pula dengan jenis-jenis makanan yang saya masak untuk berbuka 🙂 Teruskan membaca

Migrain, saya tidak minum Coca Cola #1

Akak nak tanya, apa yang korang semua nak tahu banyak lagi? Boleh kita bincangkan sama-sama dalam usrah.

Saya teringin nak tahu pasal boikot.

Boikotkah

Do you BOIKOT?

Do you BOIKOT?

Kalau diikutkan musim, rasanya sekarang ini bukanlah musim yang panas untuk membincangkan boikot. Kan? Perasan atau tidak?

Apa pandangan Puja dan Ila tentang boikot?

Sempat kami bincangkan dalam perbincangan isu semasa kami. Masing-masing ada pendapat sendiri mengenai isu ini.

Kenapa boikot?

Apabila ledakan bom di Palestin meletup bertubi-tubi, isu ini menjadi hangat diperkatakan. Boikot barangan zionis!, kata sebilangan besar umat Islam seluruh dunia yang mengambil peduli saudara seaqidah mereka. Ada yang memboikot untuk menunjukkan rasa peduli, menunjukkan kemarahan dan ketidakpuasan hati. Ada yang yakin ini adalah salah satu sumbangan mereka untuk saudara mereka, agama mereka dan lebih penting untuk redha Allah. Ada yang yakin, umat Islam mampu menjatuhkan ekonomi sekular sekiranya pengaliran wang kepada golongan ini dapat dikurangkan. Tetapi ada juga yang hanya mengikut trend semasa. Hangin je. Seolah-olah mereka peduli. Tetapi siapalah saya untuk mengetahui niat sebenar setiap manusia. Itu hanya rahsia dia dengan Allah sahaja. Paling kurang pun, untuk seketika waktu mereka berjaya kawal nafsu mereka walaupun kalah lagi beberapa minggu atau beberapa bulan selepas itu. Teruskan membaca.

Summer Conference and Spiritual Retreat 2009: Ties That Bind Faith, Community, Career

Assalamualaikum warahmatullah

Brothers & sisters in Islam,

Realizing the need to maintain the spirit of activism in all spheres of our lives especially in this country, Malaysian Students Association of Nagoya (MASIN) and Ikatan Persaudaraan Islam Japan (IPIJ) are organizing Summer Conference and Spiritual Retreat 2009: Ties That Bind Faith, Community, Career. The target audience are Malaysian students, but and other nationalities are most welcome. We hope the topics suggested below will cover issues in da’wah (to muslims/non-muslims alike), civic responsibility and career develepment. Later in the evening, the program is followed by a spiritual retreat/qiamullail at the Nagoya Masjid.

Venue: Nagoya University Kaikan, Sakurayama & Nagoya Mosque

Date: 27th JUNE 2009 (Saturday)

Participation Fees : FREE

For more information, please visit the official blog here.

Ada Apa Dengan Cinta

Nak tengok movie apa ek? Hari Ahad mana ada cerita best kat TV.

Hmm… Eh, Hancock tak pernah tengok lagi.

Oh ye? Okey, jom tengok.

Kami menonton Hancock sambil memusing takoyaki. Ini kali kedua saya menonton penuh filem ini. Sebelum ini, selepas menontonnya penuh buat pertama kali, saya hanya memilih untuk menonton bahagian yang saya rasakan memberi impak yang paling besar. Pada saya, bahagian itu merupakan main point filem ini.

Hancock, kisah seorang superhero yang telah hilang hala tujuan. Setelah berlaku beberapa insiden yang makin menjatuhkan reputasi Hancock, beliau dibantu oleh seorang konsultan imej untuk membentuk semula watak superhero ini. Genre filem ini sama sahaja seperti X-Men, Spiderman, Superman, Batman dan seumpamanya dan genre ini merupakan salah satu genre kegemaran saya. Action-packed!

Namun begitu, pertama kali saya merasakan daya penarik pada filem genre ini bukan pada kisah lawan hero-villainnya, tetapi pada kisah CINTAnya. Pada pendapat saya, ini sebenarnya motif utama penulis skrip filem ini.

Jangan salah faham, saya bukanlah peminat kisah cinta tidak tentu hala. Menangis kecewa tidak tentu pasal, hilang arah tujuan apabila kekasih lari. Tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang. Isk isk.

Maaf, tulisan di bawah mengandungi spoiler, harap maklum.

Sepasang suami isteri superhero (Hancock dan isteri) yang akan hilang kuasanya jika mereka terus bersama. Jika hilang kuasa, mereka akan dikalahkan dan akhirnya mati. Jadi untuk mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku, si isteri menjauhkan diri dari Hancock. Sehinggalah satu masa, Hancock mengetahui cerita sebenar ketika berjumpa secara kebetulan dengan si isteri. Keadaan itu menyebabkan sekumpulan penjahat berjaya mengambil kesempatan untuk membalas dendam dan mencuba untuk membunuh kedua-dua superhero tersebut.

Di sini bermula kuasa sebenarnya. Klik untuk meneruskan pembacaan.