Allah knows

Ketakutan yang tertinggi, adalah apabila tanpa sedar, kita memimpin yang lain ke neraka, atau kita memimpin mereka ke syurga sedang kita ke neraka. Kurayu, dosa-dosaku biar jadi debu, juga milik mereka yang pernah mengenaliku.

Irfan

Kata-kata ini mengingatkan saya kepada satu peristiwa.

Musim sejuk 2008.
Teruskan membaca

Kecil-kecil Cili Padi

Sudah lebih sebulan saya mula berkerja. Sudah terasa kesibukan sebagai seorang jurutera. Dan sudah hampir 3 bulan blog ini terjejas dengan ‘kesibukan‘ sejak saya pulang ke Malaysia.

Sehari ada 24 jam. Saya berkerja antara 10 sehingga 12 jam sehari bergantung kepada keperluan. Jadi lebih daripada 1/3 masa 24 jam saya dihabiskan di tempat kerja. Manusia pula diciptakan  Allah yang 24 jam yang ada setiap hari itu untuk beribadah kepadaNya.

Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu.

[Az-Zariyat : 56]

Bayangkan sahaja jika 10 sehingga 12 jam itu disia-siakan, pulang dengan penat lelah sahaja. Tidak bermakna.

Saya perlu memaknakan 10 jam tersebut.

***

QC (Quality Control) ini check NG (Not Good) atau tak NG je. Kalau QC buat silap sikit je, yang tak NG tapi report NG, bukan takat delay kat production, dah susahkan ramai orang nak buat ‘die’ baru. Lepas tu, delay mass-pro. Ramai kena overtime sebab nak kejar dateline. Kalau new ‘die’, silap-silap Sony kat Jepun tu terpaksa delay launching model baru dia. Nampak je macam kecik, tapi kesannya satu dunia!

The butterfly effect!

Saya teringat teori ini semasa berbincang tentang Quality Control dengan salah seorang supervisor di tempat kerja.

Teori ini menerangkan yang kibasan sayap seekor rama-rama di Malaysia boleh menyebabkan tsunami di Jepun! Perkara kecil yang menyebabkan berlakunya perkara besar, tanpa diduga.

Sudah lama saya ingin menulis tentang teori ini. Tetapi buat masa sekarang, saya tinggalkan dahulu sebuah klip video tentang The Butterfly Effect.

PS : Berkerja itu pun satu IBADAH. Tiada siapa yang dapat menghalang physical, intelectual, emotional dan spiritual kita untuk digunakan sebaik-baiknya keranaNya.

Kisah si layang-layang

Perbualan kami bertiga di Facebook,

Inda Hanim Samsi : nk2!!!!!!! nk2!!!! nk2!!!! adek hujung bln 4 br abis blaja…..nk pi ..nk pi…men snowboard..weeeeeeee~~~~

Inda Hayati Samsi : hah..hujung bulan 4 saya kat msia.. kita gi holiday aaa…

Inda Hanim Samsi : yess!!!!!!!!!!! hahahaha..ok..nnt gtau ayah…hee…tgk bajet ade x…yahoOOooOOo~~~~~

Inda Hanum Samsi : oi oi oiiiiiiiii…ape ni plan holiday anum takde kat msia >.<

Dah lama rasanya tidak bercuti berlima. Sepanjang saya, Anum dan Anim berada di universiti, jarang sekali kami dapat berkumpul bertiga dengan mama dan ayah. Gambar di atas antara waktu-waktu sepanjang percutian kami di Port Dickson 2, 3 tahun yang lepas. Waktu ini, ayah dan mama sedang bermain jetski dan kami bertiga di tepi pantai bermain layang-layang.

Tiba-tiba,

Aarrrgghhhhhhhhh…. layang-layang.

Tali layang-layang terlepas daripada tangan adik saya dan masing-masing tergamam.

Saya rasa tidak sempat saya fikir panjang, kaki sudah berlari laju mengejar tali layang-layang. Entah kenapa, laju sangat lari waktu tersebut. Yang saya tahu, tali layang-layang itu mesti saya dapatkan semula. Refleks agaknya.

Tapi pernahkah perasan atau tidak, yang layang-layang hanya terbang tinggi apabila menentang arus angin. Pernah fikirkan? Teruskan membaca.