Cinta & Batuk

Uhuk, uhuk, UHUK, UHUK..OOOHHHOOOKKKKK!!!!

Sudah hampir sebulan, batuk ini masih tidak hilang-hilang. Adakah disebabkan kedegilan saya tidak mengikut jadual minum ubat, kedegilan menjamah makanan berminyak, kekerasan kepala menghirup minuman berais?

Akak, saya nak air limau. AIS!!!

Amboi Inda, tak padan ngan batuk. Bangga betul order air limau AIS!

Saya tahu.

Semua di atas.

Saya ingat satu insiden di dalam kuliah di universiti 2 tahun yang lepas.

“Jangan gatal, tolonglah jangan gatal tekak oii, please, please.”

“Aduh, air tak bawak. Gula-gula pun takde.”

Merah padam muka saya menahan batuk. Betul-betul merah padam.

“Inda, daijyoubu desuka?” tegur Emi chan.

“Unn.” Saya hanya mampu tersenyum dengan muka yang merah padam.

Saya bergegas keluar. Sejurus membuka pintu, melangkah keluar…

Uhuk, uhuk… UHOOOOOKKKKK, HOK HOK…UHUUUUUUKKKKK…

Tidak tertahan rasanya. Seperti mahu masukkan sahaja jari ini menggaru anak tekak yang sedang gatal. Bergema ruang loker di luar dewan kuliah dengan batukkan saya.

15 minit kemudian dengan wajah selamba, saya melangkah semula ke dalam dewan kuliah.

“Daijyoubu desuka?”

Tetapi kali ini bukan Emi chan yang menegur, tetapi pensyarah yang menghulurkan rasa kasihan.

“Mou daijyoubu desu.”

Batuk memang tidak dapat disembunyikan.

Begitu juga dengan cinta. Continue reading

Advertisements

Ada Apa Dengan Cinta

Nak tengok movie apa ek? Hari Ahad mana ada cerita best kat TV.

Hmm… Eh, Hancock tak pernah tengok lagi.

Oh ye? Okey, jom tengok.

Kami menonton Hancock sambil memusing takoyaki. Ini kali kedua saya menonton penuh filem ini. Sebelum ini, selepas menontonnya penuh buat pertama kali, saya hanya memilih untuk menonton bahagian yang saya rasakan memberi impak yang paling besar. Pada saya, bahagian itu merupakan main point filem ini.

Hancock, kisah seorang superhero yang telah hilang hala tujuan. Setelah berlaku beberapa insiden yang makin menjatuhkan reputasi Hancock, beliau dibantu oleh seorang konsultan imej untuk membentuk semula watak superhero ini. Genre filem ini sama sahaja seperti X-Men, Spiderman, Superman, Batman dan seumpamanya dan genre ini merupakan salah satu genre kegemaran saya. Action-packed!

Namun begitu, pertama kali saya merasakan daya penarik pada filem genre ini bukan pada kisah lawan hero-villainnya, tetapi pada kisah CINTAnya. Pada pendapat saya, ini sebenarnya motif utama penulis skrip filem ini.

Jangan salah faham, saya bukanlah peminat kisah cinta tidak tentu hala. Menangis kecewa tidak tentu pasal, hilang arah tujuan apabila kekasih lari. Tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang. Isk isk.

Maaf, tulisan di bawah mengandungi spoiler, harap maklum.

Sepasang suami isteri superhero (Hancock dan isteri) yang akan hilang kuasanya jika mereka terus bersama. Jika hilang kuasa, mereka akan dikalahkan dan akhirnya mati. Jadi untuk mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku, si isteri menjauhkan diri dari Hancock. Sehinggalah satu masa, Hancock mengetahui cerita sebenar ketika berjumpa secara kebetulan dengan si isteri. Keadaan itu menyebabkan sekumpulan penjahat berjaya mengambil kesempatan untuk membalas dendam dan mencuba untuk membunuh kedua-dua superhero tersebut.

Di sini bermula kuasa sebenarnya. Klik untuk meneruskan pembacaan.

Take 5 : Animator vs Animation II

Sementara saya mengemas kini blog dan entri-entri terbaru, mari kita ikuti sambungan Animator vs Animation dalam entri lepas. Kali ini, memang best la. Stickman dah keluar dari program flash dan menyerang desktop animator! Musang berapi pun kalah. Siap keluar antivirus.

The Chosen One

Again, credit to Iluvislam.com

Again, credit to Iluvislam.com

Idea pop-up blocker yang best!

Ada apa dengan animasi ini? Teruskan membaca, sikit je lagi