Kehidupan ialah satu hadiah

Danga Bay, Johor Bahru (gambar hiasan)

Gerimis.

Duduk dulu la sekejap.

Tenang hati melihatkan rintik-rintik hujan yang turun. Saya duduk bersandarkan tiang, dan keluarkan buku dari beg. Sedang asyik membelek-belek muka surat yang bertanda, telinga saya tertumpu kepada sekumpulan pelajar perempuan yang sedang menelaah tidak jauh daripada saya.

Eh, macam tengah berusrah.

Seperti sudah menjadi kemestian, jika saya berkesempatan pulang awal dari tempat kerja, saya akan singgah sebentar di sebuah masjid di Nilai untuk menunggu solat maghrib berjemaah. Melihat pelajar-pelajar yang turut solat berjemaah di masjid tersebut, mengingatkan saya  kembali kepada zaman saya di pusat persediaan dan di Jepun.

Pertama kali saya menjejakkan kaki di masjid itu, hati saya sudah tertangkap apabila melihat sekumpulan pelajar perempuan yang berkumpul di luar masjid sambil memegang tafsir al-Quran. Dengan ruang legar yang agak lapang, angin yang bertiup segar, hadir satu perasaan yang sukar untuk saya ungkapkan.

Nak lepak kat sini lah.

Teruskan membaca

Advertisements

Allah knows

Ketakutan yang tertinggi, adalah apabila tanpa sedar, kita memimpin yang lain ke neraka, atau kita memimpin mereka ke syurga sedang kita ke neraka. Kurayu, dosa-dosaku biar jadi debu, juga milik mereka yang pernah mengenaliku.

Irfan

Kata-kata ini mengingatkan saya kepada satu peristiwa.

Musim sejuk 2008.
Teruskan membaca

Kecil-kecil Cili Padi

Sudah lebih sebulan saya mula berkerja. Sudah terasa kesibukan sebagai seorang jurutera. Dan sudah hampir 3 bulan blog ini terjejas dengan ‘kesibukan‘ sejak saya pulang ke Malaysia.

Sehari ada 24 jam. Saya berkerja antara 10 sehingga 12 jam sehari bergantung kepada keperluan. Jadi lebih daripada 1/3 masa 24 jam saya dihabiskan di tempat kerja. Manusia pula diciptakan  Allah yang 24 jam yang ada setiap hari itu untuk beribadah kepadaNya.

Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu.

[Az-Zariyat : 56]

Bayangkan sahaja jika 10 sehingga 12 jam itu disia-siakan, pulang dengan penat lelah sahaja. Tidak bermakna.

Saya perlu memaknakan 10 jam tersebut.

***

QC (Quality Control) ini check NG (Not Good) atau tak NG je. Kalau QC buat silap sikit je, yang tak NG tapi report NG, bukan takat delay kat production, dah susahkan ramai orang nak buat ‘die’ baru. Lepas tu, delay mass-pro. Ramai kena overtime sebab nak kejar dateline. Kalau new ‘die’, silap-silap Sony kat Jepun tu terpaksa delay launching model baru dia. Nampak je macam kecik, tapi kesannya satu dunia!

The butterfly effect!

Saya teringat teori ini semasa berbincang tentang Quality Control dengan salah seorang supervisor di tempat kerja.

Teori ini menerangkan yang kibasan sayap seekor rama-rama di Malaysia boleh menyebabkan tsunami di Jepun! Perkara kecil yang menyebabkan berlakunya perkara besar, tanpa diduga.

Sudah lama saya ingin menulis tentang teori ini. Tetapi buat masa sekarang, saya tinggalkan dahulu sebuah klip video tentang The Butterfly Effect.

PS : Berkerja itu pun satu IBADAH. Tiada siapa yang dapat menghalang physical, intelectual, emotional dan spiritual kita untuk digunakan sebaik-baiknya keranaNya.

Kisah si layang-layang

Perbualan kami bertiga di Facebook,

Inda Hanim Samsi : nk2!!!!!!! nk2!!!! nk2!!!! adek hujung bln 4 br abis blaja…..nk pi ..nk pi…men snowboard..weeeeeeee~~~~

Inda Hayati Samsi : hah..hujung bulan 4 saya kat msia.. kita gi holiday aaa…

Inda Hanim Samsi : yess!!!!!!!!!!! hahahaha..ok..nnt gtau ayah…hee…tgk bajet ade x…yahoOOooOOo~~~~~

Inda Hanum Samsi : oi oi oiiiiiiiii…ape ni plan holiday anum takde kat msia >.<

Dah lama rasanya tidak bercuti berlima. Sepanjang saya, Anum dan Anim berada di universiti, jarang sekali kami dapat berkumpul bertiga dengan mama dan ayah. Gambar di atas antara waktu-waktu sepanjang percutian kami di Port Dickson 2, 3 tahun yang lepas. Waktu ini, ayah dan mama sedang bermain jetski dan kami bertiga di tepi pantai bermain layang-layang.

Tiba-tiba,

Aarrrgghhhhhhhhh…. layang-layang.

Tali layang-layang terlepas daripada tangan adik saya dan masing-masing tergamam.

Saya rasa tidak sempat saya fikir panjang, kaki sudah berlari laju mengejar tali layang-layang. Entah kenapa, laju sangat lari waktu tersebut. Yang saya tahu, tali layang-layang itu mesti saya dapatkan semula. Refleks agaknya.

Tapi pernahkah perasan atau tidak, yang layang-layang hanya terbang tinggi apabila menentang arus angin. Pernah fikirkan? Teruskan membaca.

Ichi Go Ichi E

Perkara pertama yang terlintas dalam kepala akak ni, “Aduh, ada 3 bulan je lagi untuk hidup. Ya Allah.”

Semua gelakkan saya.

“Yelah, kalau dalam TV bila doktor bagitau yang kita ada fatal disease, mesti ada tempoh 3 bulan je untuk hidup.”

Saya berkongsi kisah benar saya di mana doktor tersilap dignosis saya dengan masalah jantung semasa medical check-up sebelum berangkat ke Jepun. Fuh, lemah semangat. Tetapi itu bukan sekadar cerita lawak, tetapi sesuatu yang mengubah cara saya memandang kehidupan.

Perkongsian itu harapnya memberi satu gambaran tentang hidup ini adalah proses untuk merebut peluang.

Alhamdulillah, semuanya lancar semasa Wii 2009 di Nara baru-baru ini. Selalunya saya bayangkan waktu perpisahan setiap kali program merupakan waktu yang paling sedih, tetapi kali ini, waktu muhasabah sahaja sudah buatkan saya menitik air mata. SubhanAllah.

Ichi go ichi e (一期一会)

this is the moment

Satu lagi peluang buat diri saya untuk berkongsi ilmu dan memperoleh ilmu. Kali ini, saya telah cuba kongsikan dengan para peserta di Wii tentang konsep hidayah.

Kak Inda, baru saya faham yang hidayah ini merupakan satu peluang!

Berapa ramai di antara kita yang merebut peluang depan mata? Pernah atau tidak kita melepaskan atau terlepas peluang di depan mata kita?

Saya berpeluang untuk mengikuti satu program di US, yang disiarkan secara langsung melalui  video streaming di internet. Program yang menyentuh tentang pemahaman dan praktikaliti dalam surah al-Fatihah. Saya dapat maklumat program ini pun disebabkan saya sedang mengikuti program MasterPIES yang dibawa oleh saudara Fazrul Ismail dan beliau merupakan speaker dalam program di US itu. Kebetulan malam itu, saya berada di rumah kawan dan disebabkan kami bersembang panjang, masing-masing tidur lewat pada malam tersebut. Jadi disebabkan waktu subuh agak awal, saya ikuti program al-Fatihah tersebut sementara menunggu waktu subuh.

Speaker menerangkan tentang konsep hidayah. Teruskan membaca.

Stronger than ever

Melatih intelek?

Kita buat IQ test yang bermacam-macam di internet. Kita baca pelbagai jenis buku, kita fikirkan pelbagai jenis isu. Buat latihan fizik dan matematik? 🙂

Melatih fizikal?

Bersukan, rehat…

Melatih spiritual?

Solat, puasa, mengkaji tafsir al-quran…

Melatih emosi?

Setiap kali memandang sesuatu, fikirkan perkara yang positif tentang apa yang dilihat. Positif sahaja ye…

Tips yang saya dapat daripada sesi pertama Stronger than Ever.

Seseorang yang mempunyai emosi yang baik, dapat mengawal diri dalam apa jua situasi. Baik atau buruk, susah atau senang.

LIFE – is a succession of lessons which must be lived to be understood

The Secret dan Wii2009

Tinggal lagi lebih kurang 2 minggu sebelum Wii2009 bermula. Saya rasa sedikit berdebar, pada masa yang sama seronok. Seronok dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat seIslam yang lain, seronok dapat berkongsi ilmu dan pengalaman di sana nanti. Berdebar? Semoga Allah mudahkan segala urusan, dari urusan programnya, para speaker dan bakal pesertanya.

Tahun ini, diamanahkan menjadi salah seorang speaker. Alhamdulillah. Ada sesuatu untuk drive diri ini. Sesuatu untuk improve diri ini. Banyak juga hendak dikongsi semasa program nanti. Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik, kelapangan dada dan kefasihan lidah.

Sepanjang program MasterPIES yang saya ikuti selama 3 bulan sebelum ini, banyak sangat perkara yang menganjak paradigma. Setiap satunya membawa kepada perubahan yang lebih baik. Dan sememangnya, manusia perlu ‘kuat’. Lebih-lebih lagi untuk berjaya di akhirat.

Saya akan kongsikan The Secret semasa program nanti, insyaAllah.

Harapan untuk berjumpa dengan semua sisters di Jepun yang mahukan perubahan dalam hidup mereka semasa Wii nanti. Perlu berjaya dahulu di dunia sebelum mendapat kejayaan besar di akhirat.

Improvement begins with I

PS : Maklumat lanjut tentang program Weekend of Islamic Insights 2009 (Wii2009) yang akan diadakan di Nara pada 21hb-23hb November, sila layari laman ini.