Ada Apa Dengan Cinta

Nak tengok movie apa ek? Hari Ahad mana ada cerita best kat TV.

Hmm… Eh, Hancock tak pernah tengok lagi.

Oh ye? Okey, jom tengok.

Kami menonton Hancock sambil memusing takoyaki. Ini kali kedua saya menonton penuh filem ini. Sebelum ini, selepas menontonnya penuh buat pertama kali, saya hanya memilih untuk menonton bahagian yang saya rasakan memberi impak yang paling besar. Pada saya, bahagian itu merupakan main point filem ini.

Hancock, kisah seorang superhero yang telah hilang hala tujuan. Setelah berlaku beberapa insiden yang makin menjatuhkan reputasi Hancock, beliau dibantu oleh seorang konsultan imej untuk membentuk semula watak superhero ini. Genre filem ini sama sahaja seperti X-Men, Spiderman, Superman, Batman dan seumpamanya dan genre ini merupakan salah satu genre kegemaran saya. Action-packed!

Namun begitu, pertama kali saya merasakan daya penarik pada filem genre ini bukan pada kisah lawan hero-villainnya, tetapi pada kisah CINTAnya. Pada pendapat saya, ini sebenarnya motif utama penulis skrip filem ini.

Jangan salah faham, saya bukanlah peminat kisah cinta tidak tentu hala. Menangis kecewa tidak tentu pasal, hilang arah tujuan apabila kekasih lari. Tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang. Isk isk.

Maaf, tulisan di bawah mengandungi spoiler, harap maklum.

Sepasang suami isteri superhero (Hancock dan isteri) yang akan hilang kuasanya jika mereka terus bersama. Jika hilang kuasa, mereka akan dikalahkan dan akhirnya mati. Jadi untuk mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku, si isteri menjauhkan diri dari Hancock. Sehinggalah satu masa, Hancock mengetahui cerita sebenar ketika berjumpa secara kebetulan dengan si isteri. Keadaan itu menyebabkan sekumpulan penjahat berjaya mengambil kesempatan untuk membalas dendam dan mencuba untuk membunuh kedua-dua superhero tersebut.

Di sini bermula kuasa sebenarnya. Klik untuk meneruskan pembacaan.

Advertisements

Bukan Senang Nak Senang

Eh, sekolah saya dulu. Dah lain…

Inda ingat tak, dulu time ayah hantar Inda pergi sekolah naik motor dulu. Inda turun motor pastu jatuh tergolek ke belakang.

Haha, saya ingat, ingat, beg berat.

Pastu Inda bangun buat muka selamba je, macam tak jadi apa-apa. Ayah ingat sampai sekarang time Inda jatuh tu.

Teringat saya pada perbualan di atas selepas menonton video di bawah. Teringat zaman sekolah rendah dahulu.

Cuti lepas, saya berpeluang untuk meluangkan masa bersama keluarga di Malaysia. Selalunya masa banyak dihabiskan di pejabat ayah. Konon-konon buat part time. Tapi sebenarnya tidak buat apa-apa pun. Duduk membaca buku, menonton TV, makan, melayari internet dan kadang-kadang sahaja diminta untuk ke sana dan ke mari menguruskan hal pejabat. Kadang-kadang turut membantu dalam hal-hal yang melibatkan komputer dan internet.

Menghabiskan masa semaksimum mungkin bersama mama dan ayah.

Saya sempat mengikut ayah ke tapak pembinaan untuk melihat projek yang sedang berjalan. Ayah seorang kontraktor. Sempat juga berkejar ke sana ke mari dengan ayah untuk berjumpa dengan klien. Bakal kontraktor? InsyaAllah…

Perbualan di atas berlaku ketika kami memandu ke MARDI. Kami melalui sekolah lama saya, Sekolah Kebangsaan Serdang.

Tak jumpa gambar yang comel lagi la

Tak jumpa gambar yang comel lagi la

Dulu saya ingat, time saya ngan Anum sekolah kat situ, time tengah hari kalau ada roadblock ayah mesti hantar saya dulu sampai pagar kecik tu. Lepas amik Anum kat umah. Saya tunggu kat pagar kecik tu sampai ayah ngan Anum sampai, pastu naik motor 3 orang pergi sekolah.

Natsukashi!

Time kat Taman U lak, kalau balik taekwondo petang-petang, nanti ayah jemput dengan Passola. Boleh pula ek dulu naik sampai 4 orang!

Ayah, Inda, Anum dan Anim. 4 orang, sekitar kami berumur 9-12 tahun. Passola merah dengan seat belakang :D

Ayah, Inda, Anum dan Anim. 4 orang, sekitar kami berumur 9-12 tahun. Passola merah dengan seat belakang 😀

Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Serdang sehingga pertengahan darjah 3 kemudian berpindah ke sekolah yang baru dibuka di kawasan perumahan saya, Sekolah Kebangsaan Taman Universiti.

Apabila dikenang semula, rilek saja zaman sekolah rendah dulu. Jatuh, berhujan panas ke sekolah bukannya apa sangat pun. Tapi pada waktu itu, terasa susahnya.

Susahnya Kak Inda, rasa macam tak boleh nak buat. Kenapa dulu tak macam ni?

Saya dahulu pernah terfikir perkara ini. Saya ingatkan waktu di AAJ merupakan cabaran terbesar saya. 2 tahun yang sangat mencabar mental dan fizikal. Rupa-rupanya tidak sama sekali. Hari ini, saya mendapat cabaran  yang berbeza dan lebih besar lagi.

Kalau fikir camtu memang la dulu senang. Kalau tak, takdenya kita boleh selesaikan masalah tu. Sebab masalah tu dah selesailah, nampak senang. Kita dah tau cara nak selesaikan. Sekarang susah sebab kita sedang hadapi masalah tu.

Teruskan membaca