Ichi Go Ichi E

Perkara pertama yang terlintas dalam kepala akak ni, “Aduh, ada 3 bulan je lagi untuk hidup. Ya Allah.”

Semua gelakkan saya.

“Yelah, kalau dalam TV bila doktor bagitau yang kita ada fatal disease, mesti ada tempoh 3 bulan je untuk hidup.”

Saya berkongsi kisah benar saya di mana doktor tersilap dignosis saya dengan masalah jantung semasa medical check-up sebelum berangkat ke Jepun. Fuh, lemah semangat. Tetapi itu bukan sekadar cerita lawak, tetapi sesuatu yang mengubah cara saya memandang kehidupan.

Perkongsian itu harapnya memberi satu gambaran tentang hidup ini adalah proses untuk merebut peluang.

Alhamdulillah, semuanya lancar semasa Wii 2009 di Nara baru-baru ini. Selalunya saya bayangkan waktu perpisahan setiap kali program merupakan waktu yang paling sedih, tetapi kali ini, waktu muhasabah sahaja sudah buatkan saya menitik air mata. SubhanAllah.

Ichi go ichi e (一期一会)

this is the moment

Satu lagi peluang buat diri saya untuk berkongsi ilmu dan memperoleh ilmu. Kali ini, saya telah cuba kongsikan dengan para peserta di Wii tentang konsep hidayah.

Kak Inda, baru saya faham yang hidayah ini merupakan satu peluang!

Berapa ramai di antara kita yang merebut peluang depan mata? Pernah atau tidak kita melepaskan atau terlepas peluang di depan mata kita?

Saya berpeluang untuk mengikuti satu program di US, yang disiarkan secara langsung melalui  video streaming di internet. Program yang menyentuh tentang pemahaman dan praktikaliti dalam surah al-Fatihah. Saya dapat maklumat program ini pun disebabkan saya sedang mengikuti program MasterPIES yang dibawa oleh saudara Fazrul Ismail dan beliau merupakan speaker dalam program di US itu. Kebetulan malam itu, saya berada di rumah kawan dan disebabkan kami bersembang panjang, masing-masing tidur lewat pada malam tersebut. Jadi disebabkan waktu subuh agak awal, saya ikuti program al-Fatihah tersebut sementara menunggu waktu subuh.

Speaker menerangkan tentang konsep hidayah. Teruskan membaca.

Advertisements