Puasa Bukan 断食 Tetapi 斎戒

Are? Saikai? Danjiki jyanai no?

Danjiki wa SAUM to chigau deshou?

Soudesune~

* Eh? Saikai? Bukan danjiki ke?

Danjiki dengan puasa lain kan?

Haah la~

Danjiki (断食) bermaksud menahan daripada perbuatan makan dan minum. Kanji 断 bermaksud tahan dan kanji 食 bermaksud makan (minum sekali). Jadi, sudah semestinya danjiki bukan bermaksud SAUM (berpuasa di bulan Ramadhan) bukan?

Bagi mereka yang berada di Jepun, satu kotoba (perkataan) baru untuk dipelajari. Saya pun baru saja belajar perkataan saikai ini sewaktu program jaulah Biro Perhubungan dan Kebajikan IPIJ di Masjid Nagoya baru-baru ini. Sempat kami berbual-bual dengan sahabat-sahabat Jepun seIslam kami yang sedang berkumpul untuk halaqah ilmu.

斎戒 (saikai) – purification

Google Translate

Sedang danjiki atau saikai? Saya teringat satu perbualan saya dengan Oyasan.

Bulan depan dah mula bulan Ramadhan. Saya akan danjiki selama sebulan. Pernah dengar tentang Ramadhan?

Sebulan? Langsung tak makan dan minum selama sebulan?

Oh, tidak. Saya boleh makan selepas matahari terbenam. Bermulanya matahari terbit saya danjiki.

Oh. Memang kena danjiki ya. Mesti kurus selepas sebulan nanti. Kenapa kena danjiki? Tidak penat? Orang muda mesti boleh tahan. Kalau saya yang dah tua ini, mesti tak larat.

Untuk belajar tentang sabar. Danjiki untuk mengingatkan diri sendiri tentang orang lain yang tidak berpeluang untuk makan dan minum.

Kuatnya.

Perbualan kami diteruskan pula dengan jenis-jenis makanan yang saya masak untuk berbuka 🙂 Teruskan membaca

Hebatnya orang puasa….

Bulan puasa dah berlalu, tetapi cerita di sebalik bulan puasa masih terbayang-bayang dalam kepala saya.

Hebatnya…

kata Kyouta-kun*. Ibunya berkata kepada Kyouta-kun, “minna sugoi desu ne, asa kara yoru made nanimo tabenakute, nanimo nomanakute…sugoi deshou” ( semua hebat kan? dari pagi sampai malam, tak makan, tak minum apa-apa , hebat kan?)

Puasa bukan semata-mata tidak makan dan minum, tetapi sebenarnya melatih diri untuk bersabar, mengajar diri melihat kesusahan hidup orang lain dan… satu gaya hidup yang sihat! DIETTO**!

Kami ketawa. Saya kagumi kefahaman Yasmin-san dan Sanna-san tentang hikmah berpuasa. Yang mana, ada saudara-saudara seIslam saya di Malaysia pun masih tidak faham-faham lagi.

baca lagi

Bow, Stubborn Knees!

oleh Shakespeare.

Bukan masanya untuk menyentuh tentang En. Shakespeare kali ini ( next time mungkin ).  Mari kita sama-sama muhasabah di hujung Ramadhan ini. Sedih bukan? Bagi mereka yang sayangkan Allah dan mencari redhaNya, perpisahan dengan Ramadhan bukanlah sesuatu yang dinantikan.

lutut anda degil?? baca seterusnya