#5 : Productive

Advertisements

Marhaban ya Ramadhan

Mewakili Ikatan Persaudaraan Islam Jepun, sedikit mesej untuk program sepanjang bulan Ramadhan yang dikelolakan oleh IPIJ…

Ayuh, IHYA’ RAMADHAN

Assalamualaikum

Apa khabar kepada semua sahabat-sahabat akhwat sekalian?

Kedatangan Ramadhan yang kita sama-sama nantikan hampir tiba. Segala puji dan syukur kita ucapkan kepada-Nya kerana menemukan kita lagi dengan bulan yang mulia ini.
Untuk menambah amalan kita pada bulan yang diberkati ini, kami dengan segala hormatnya ingin mengajak sahabat-sahabat akhwat untuk bersama-sama bertadarus pada setiap malam Ramadhan ini. Berikut adalah serba ringkas butir-butir mengenai tadarus online (akhawat) kita:

Moderator: syahidah
ym id: nanimo_shinai (sila add id ini)
Masa : 9.30 malam ( selepas solat terawikh)
Medium: yahoo messenger

Semoga Ramadhan pada kali ini memberi seribu satu makna buat diri kita dan umat islam di seluruh dunia.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila tiba Ramadhan, maka pintu rahmat akan dibuka, pintu neraka Jahannam akan ditutup, dan syaitan akan ditambat”

Salam ceria buat semua,

Ikatan Persaudaraan Islam Jepun

Ukhuwah berterusan, Tarbiyyah berpanjangan

PS : Maklumat lanjut sila layari portal IPIJ.INFO, dari keyboard editor –>> untuk girls out there, sambil kita menambah amalan dan memberatkan timbangan… jalinkan friendship dengan sahabat lain serata kawasan 🙂