Eid Mubarak 1429H

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Hiasilah hari-hari raya kamu dengan bertakbir.”

(at-Tabrani)

Umat Islam di seluruh dunia telah melalui hari-hari sepanjang Ramadhan dengan menguasai diri dan nafsu masing-masing melalui ibadah wajib puasa serta melipat gandakan ibadah-ibadah lain yang dituntut Allah SWT. 30 hari Ramadhan bukan sahaja membersihkan fizikal dan mental kita, malah merupakan tempoh latihan intensif untuk spiritual dan rohani setiap umat Islam. Justeru itu, setiap kali bermulanya Ramadhan pasti akan tiba penghujungnya. Dan di penghujung inilah menandakan kejayaan hari-hari yang telah kita semua lalui sepanjang Ramadhan. Memanjatkan syukur kepada Yang Maha Esa atas kemahuan, kekuatan, ketahanan yang dikurniakanNya untuk kita tunduk padaNya. Allah Akbar! Alhamdulillah.

Aidilfitri bukan hadir sebagai satu keraian, satu budaya, satu majlis tetapi memberikan satu signifikasi spiritual yang kita telah berjaya kembali kepada fitrah kita. Fitrah atau keadaan asal yang mana kita ini hanyalah hambaNya yang hidup di dunia untuk beribadah kepadaNya.

Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

( Surah Al-An’aam : 162 )

Kita bukannya meraikan pemergian Ramadhan ( sedihnya berpisah dengan Ramadhan ) tetapi meraikan segala keringat dan peluh, usaha dan tenaga, jiwa dan raga yang kita tumpahkan pada ibadah-ibadah sepanjang Ramadhan. Andai anda berjaya membawa pulang ijazah kelas pertama Universiti Ramadhan, syabas diucapkan! Teruskan kecemerlangan anda! Setiap kali berlalunya Ramadhan pastikan tingkat iman kita berada di tahap yang lebih tinggi berbanding sebelumnya. Muhasabah..mari kita bermuhasabah…

ingatan tulus ikhlas, baca lagi