Bukan Senang Nak Senang

Eh, sekolah saya dulu. Dah lain…

Inda ingat tak, dulu time ayah hantar Inda pergi sekolah naik motor dulu. Inda turun motor pastu jatuh tergolek ke belakang.

Haha, saya ingat, ingat, beg berat.

Pastu Inda bangun buat muka selamba je, macam tak jadi apa-apa. Ayah ingat sampai sekarang time Inda jatuh tu.

Teringat saya pada perbualan di atas selepas menonton video di bawah. Teringat zaman sekolah rendah dahulu.

Cuti lepas, saya berpeluang untuk meluangkan masa bersama keluarga di Malaysia. Selalunya masa banyak dihabiskan di pejabat ayah. Konon-konon buat part time. Tapi sebenarnya tidak buat apa-apa pun. Duduk membaca buku, menonton TV, makan, melayari internet dan kadang-kadang sahaja diminta untuk ke sana dan ke mari menguruskan hal pejabat. Kadang-kadang turut membantu dalam hal-hal yang melibatkan komputer dan internet.

Menghabiskan masa semaksimum mungkin bersama mama dan ayah.

Saya sempat mengikut ayah ke tapak pembinaan untuk melihat projek yang sedang berjalan. Ayah seorang kontraktor. Sempat juga berkejar ke sana ke mari dengan ayah untuk berjumpa dengan klien. Bakal kontraktor? InsyaAllah…

Perbualan di atas berlaku ketika kami memandu ke MARDI. Kami melalui sekolah lama saya, Sekolah Kebangsaan Serdang.

Tak jumpa gambar yang comel lagi la

Tak jumpa gambar yang comel lagi la

Dulu saya ingat, time saya ngan Anum sekolah kat situ, time tengah hari kalau ada roadblock ayah mesti hantar saya dulu sampai pagar kecik tu. Lepas amik Anum kat umah. Saya tunggu kat pagar kecik tu sampai ayah ngan Anum sampai, pastu naik motor 3 orang pergi sekolah.

Natsukashi!

Time kat Taman U lak, kalau balik taekwondo petang-petang, nanti ayah jemput dengan Passola. Boleh pula ek dulu naik sampai 4 orang!

Ayah, Inda, Anum dan Anim. 4 orang, sekitar kami berumur 9-12 tahun. Passola merah dengan seat belakang :D

Ayah, Inda, Anum dan Anim. 4 orang, sekitar kami berumur 9-12 tahun. Passola merah dengan seat belakang 😀

Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Serdang sehingga pertengahan darjah 3 kemudian berpindah ke sekolah yang baru dibuka di kawasan perumahan saya, Sekolah Kebangsaan Taman Universiti.

Apabila dikenang semula, rilek saja zaman sekolah rendah dulu. Jatuh, berhujan panas ke sekolah bukannya apa sangat pun. Tapi pada waktu itu, terasa susahnya.

Susahnya Kak Inda, rasa macam tak boleh nak buat. Kenapa dulu tak macam ni?

Saya dahulu pernah terfikir perkara ini. Saya ingatkan waktu di AAJ merupakan cabaran terbesar saya. 2 tahun yang sangat mencabar mental dan fizikal. Rupa-rupanya tidak sama sekali. Hari ini, saya mendapat cabaran  yang berbeza dan lebih besar lagi.

Kalau fikir camtu memang la dulu senang. Kalau tak, takdenya kita boleh selesaikan masalah tu. Sebab masalah tu dah selesailah, nampak senang. Kita dah tau cara nak selesaikan. Sekarang susah sebab kita sedang hadapi masalah tu.

Teruskan membaca

Advertisements

Saya perlu habiskan….

Self-deception, self-betrayal…

Di tangan saya ialah sebuah buku yang mesti saya habiskan. Mengapa? Kerana buku ini telah menyebabkan saya menangguhkan pembacaan sebuah buku sebelumnya. Dan buku sebelumnya itu juga telah menyebabkan saya menangguhkan pembacaan buku yang sebelumnya lagi! Sindrom pembacaan apa ya seperti ini?

Sepanjang 2-3 bulan ini, beginilah rentak pembacaan saya(buku-buku sekolah dikecualikan).

Buku yang menjadi tumpuan sekarang : Leadership and self-deception, getting out of the box.

Hendak tahu apa yang ditulis tentang getting out of the box

Hendak tahu apa yang ditulis tentang 'getting out of the box'

Ayat ‘getting out of the box‘ itu yang menarik perhatian saya semasa saya meronda di kedai buku Isnin lepas. Sebelum ini sering dihujani pertanyaan sahabat-sahabat dan adik-adik tentang bagaimana berfikir di luar kotak, pertama sekali kita perlu berada di luar kotak. Banyak jawapannya, saya tahu. Isi kandungan buku ini hanya sebahagian daripada jawapan kepada soalan berfikir di luar kotak. Apabila saya selesai membacanya, insyaAllah saya tuliskan untuk perbincangan kita.

Buku yang berada di tangan saya sebelum ini? Klik untuk teruskan pembacaan