Saya tidak suka bahasa tapi…

Credit to Apple Japan

Credit to Apple Japan

Iklan promosi iPod Nano di Jepun

Iklan promosi iPod Nano di Jepun

Kelmarin terasa nak tengok tv ( sejak balik dari Malaysia baru ni, belum sempat petik pun suis tv pun ). Kebetulan pula keluar iklan iPod nano versi Jepun ini. Seperti biasa, saya suka lihat iklan-iklan terutamanya iklan di tv Jepun kerana ke’sempoi‘an dan keunikannya. Simple-simple dan kebudak-budakkan sahaja. Kadang-kadang tidak tahu pun ke mana hala tuju iklan tu ( dalam blur-blur layan iklan, last-last “eh iklan ni cerita pasal ubat nyamuk ke” hihi begitulah ). Dan ada juga iklan-iklan dari jenama-jenama popular seperti Apple di atas yang menghasilkan iklan-iklan yang sangat saya kagumi. Teruja tengok idea-idea kreatif begini. Nanti-nanti saya kongsi beberapa iklan yang saya rasakan sangat best dan menarik! Nanti ek. Cuma kali ini, saya fokuskan dahulu tentang bermain dengan bahasa. Penting dalam pengiklanan ni…

Yang menarik perhatian saya dalam iklan, poster dan sebagainya ialah bagaimana pereka mampu bermain dengan perkataan dan bahasa. Simple, penuh makna, kelakar, double-meaning… apa yang trigger idea-idea begini ye?

saya tidak suka bahasa… tapi… baca lagi